ANCHOR FOOD PROFESSIONALS PERKENAL BARISAN PRODUK TENUSU EROPAH BAHARU

Anchor Food Professionals membawakan sentuhan keeleganan Eropah dalam menambahbaik rangkaian produk tersedia New Zealand mereka, seperti keju mozzarela, krim putar dan krim masakan yang digemari ramai.

Berbekalkan pengalaman Anchor melebihi 130 tahun dalam dunia tenusu, Anchor Food Professionals dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran krim tenusu dan keju mozarela yang diberi sentuhan Eropah untuk pasaran Malaysia. Cabang perkhidmatan makanan Fonterra yang diiktiraf di persada antarabangsa ini teruja untuk mempersembahkan barisan produk pelengkap yang berasal dari Eropah, bagi warga profesional makanan di Malaysia, termasuk para cef, pembuat roti dan pastri.  

Anchor Extra Yield Cooking Cream – Nasi Lemak

Dengan peningkatan permintaan  ke atas produk tenusu gaya Eropah,  Anchor Food Professionals terus mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu peneraju dalam pasaran tenusu menerusi pengenalan dua produk Eropah – Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese dan Anchor Chef’s Classic Whipping Cream. Seperti produk-produk Anchor Food Professionals yang lain, inovasi ini berlandaskan kriteria keselamatan, kualiti, dan bekalan makanan yang tidak berkompromi sambil memenuhi trend pengguna yang berkembang untuk mengambil ciptaan harian daripada yang baik kepada yang hebat.

Penuh Kualiti Dan Kesempurnaan

Anchor Food Professionals juga akan menggantikan produk-produk krim masakan UHT dengan Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream yang berasal dari Eropah untuk membekalkan produk tenusu yang berciri lebih ringan dan seimbang. Kedua-duanya telah dirumus khas untuk menawarkan kualiti dan kesempurnaan yang diinginkan oleh para pengguna untuk resipi kegemaran mereka.

Anchor Extra Yield Cooking Cream – Salmon Alfredo Pasta with Lemon and Ikura

Seperti yang dijelaskan oleh Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia, “Cara pemilihan makanan pengguna telah berubah sejak pandemik bermula. Antara trend paling menarik yang kami dapati ialah, perniagaan makanan kian memerlukan produk-produk serbaguna yang menawarkan manfaat tambahan – ringkas dan segera – bagi makanan atau minuman yang mereka sediakan.

Pengguna masa kini juga tertarik dengan produk-produk yang dapat mencetus emosi yang menggembirakan mereka. Meskipun pandemik telah membawa cabaran yang besar bagi pengusaha makanan, kami sedia membantu mereka mengikuti arus aliran ini dengan memastikan resipi mereka sentiasa diperbaiki dari segi rasa, tekstur, persembahan, dan kualiti.”

Anchor Chef’s Classic Whipping Cream – Blueberry Cream Brioche

Tambah beliau, “Sebagai pakar tenusu global yang membekalkan sumber produk tenusu yang terbukti berkualiti tinggi, kami yakin bahawa barisan produk tenusu gaya Eropah ini akan menawarkan sebuah pengalaman yang unik buat warga Malaysia. Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese misalnya merupakan keju mozarela ala tradisional, yang memberikan hasil prestasi ketuhar yang jauh lebih baik, rasa yang enak dan kompleks serta, menjamin juadah yang benar-benar lazat dapat disediakan. 

Anchor Chef’s Classic Whipping Cream – Red Fruit Cloud 

Bagi pembuat roti dan pastri, produk Anchor Chef’s Classic Whipping Cream kami dirumus untuk menawarkan stabiliti dan hasil yang anda boleh yakini. Dengan teksturnya yang serba ringan dan lembut, ia dapat menyempurnakan juadah istimewa anda – biar dalam keadaan panas, sejuk, atau beku. Kami berasa teruja untuk melihat sejauh manakah barisan produk ini dapat memberi manfaat dalam industri makanan, dan maklum balas yang kami telah terima setakat ini sangat positif.”

Anchor Food Professionals mempunyai sejarah yang panjang dalam penyaluran bekalan kepada lebih 10,000 buah restoran, bakeri, dan kafe di Malaysia. Bukan sekadar produk, Anchor Food Professionals juga terus menawarkan kepakaran, pengetahuan, dan bimbingan menerusi ahli profesional makanan yang terlatih, dalam membantu anda menyediakan juadah yang sangat lazat.

Barisan produk keju mozarela dan krim Eropah ini akan disediakan buat pengusaha makanan melalui rakan-rakan pengedar kami, dan orang ramai juga boleh mendapatkan produk-produk ini di rangkaian pasar raya utama serta kedai bahan bakeri berhampiran anda. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Anchor Food Professionals di https://www.anchorfoodprofessionals.com/my/en.html, atau www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY dan www.instagram.com/anchorfp.my.

(Visited 4,967 times, 1 visits today)

Back to top