#StayAtHome WITH ANTABAX

Antabax

Antabax, rangkaian produk penjagaan diri antibakteria nombor 1 di Malaysia turut menyokong usaha Perdana Menteri  untuk sama-sama mematuhi tempoh Pengawalan Kawalan Pergerakan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19.

Langkah pertahanan pertama yang wajar dilakukan untuk mengelak penyakit berjangkit, Covid-19 adalah dengan selalu mencuci tangan, atau membersihkan tangan dengan menggunakan sanitizer, berasaskan  alkohol.

Tangan yang tidak kelihatan kotor, tetapi berkuman dapat dibersihkan bagi mengelakkan pemindahan kuman tersebut ke muka, mulut atau hidung, yang mana ia lebih mudah masuk ke sistem pernafasan.

Guna Sabun Buku

Menurut Francis Ng, Pengurus Besar Kanan, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, mencuci  atau membersihkan tangan adalah langkah penting yang perlu dilakukan oleh semua orang.

“Kami memahami kesukaran orang ramai untuk membeli produk antibakteria ini dan pihak kami bertungkus lumus untuk memastikan stok tersebut sentiasa ada. 

Kami turut menggalakkan orang ramai supaya memilih sabun buku, kerana kesannya tetap sama sepertimana sabun cecair. Ianya mampu membunuh sehingga 99.9% kuman,” jelas beliau lagi.

Elakkan Penggunaan Produk Palsu

Pastikan anda tidak membeli produk palsu dan jenama Antabax sangat prihatin dengan permasalahan ini. Jadi, mereka menggesa orang ramai supaya membeli produk tersebut di kedai-kedai yang boleh dipercayai seperti di Guardian, Caring, Watson ataupun farmasi.

Bertebaran viral di media-media sosial berkaitan hand sanitizer yang berasaskan alkohol. Penyembur tangan antabax mengandungi alkohol sebanyak 67%, manakala hand sanitizer jenis gel pula mengandungi 65% alkohol. 

Menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) , banyak kajian menyatakan bahawa sanitizer dengan kepekatan  alkohol antara 60%-95%  lebih berkesan untuk membunuh kuman daripada  yang mempunyai konsetrasi alkohol yang lebih rendah atau hand sanitizer berasaskan bukan alkohol.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga, semua produk berasaskan alkohol berpotensi terbakar dan perlu disimpan di tempat yang selamat dan bebas dari suhu tinggi dan juga api.

Maklumat lanjut boleh ke Antabax Official FB – wwww.facebook.com/NewAntabax atau Instagram – @antabax

(Visited 5,109 times, 1 visits today)

Back to top