BANGKIT, BERGERAK DAN LAKUKAN #DOTHELIFEBUOYFRESH

Lifebuoy Malaysia tekankan kepentingan untuk kekal aktif, segar dan bebas kuman dengan variasi ‘Fresh’

Peralihan Malaysia ke fasa endemik membolehkan kita kembali kepada kehidupan yang hampir sediakala selepas memerangi wabak selama hampir dua tahun. Dengan pengesuaian semula diri kita, tanggungjawab kini terletak pada masyarakat untuk melaksanakan pengajaran yang telah dipelajari semasa pandemik, dengan mementingkan kesihatan sambil mengekalkan amalan kebersihan yang baik. Sehubungan itu, Lifebuoy Malaysia melancarkan kempen #DoTheLifebuoyFresh untuk mendorong rakyat Malaysia agar kekal aktif, segar dan bebas kuman.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (National Health and Morbity Survey -NMHS) mendapati 25% rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikali, manakala kajian lepas turut meletakkan Malaysia sebagai negara paling obes di Asiaii. Penutupan negara yang berpanjangan telah mencetuskan gaya hidup yang tidak aktif, dan ini mungkin akan meningkatkan ketidakaktifan fizikal di kalangan Rakyat Malaysia.

Melihat kepada angka yang mengejutkan ini, jenama sabun nombor satu duniav, Lifebuoy Malaysia berhasrat untuk memperjuangkan gaya hidup yang lebih aktif secara fizikal. Kajian telah menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan senaman sederhana hinggalah senaman aktif setiap 30 minit sehari selama lima hari seminggu, dapat memberikan permulaan yang baik dalam menjalani gaya hidup sihat. Dalam masa kita memerangi virus ini yang telah meragut nyawa tidak terkira di seluruh dunia, kita mesti bertanggungjawab untuk memainkan peranan kita dalam memastikan negara yang lebih selamat.

Bersenam dapat meningkatkan kesihatan anda dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit tidak berjangkit seperti jantung, strok dan diabetes. Tambahan pula, kajian terbaru menunjukkan bahawa pesakit Covid yang kerap bersenam mempunyai risiko yang lebih rendah untuk dimasukkan ke hospital, ICU, ataupun meninggal dunia akibat penyakit mereka.

Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Pemasaran bahagian Pembersihan Kulit Unilever Malaysia, berkongsi bahawa “Penutupan berpanjangan di seluruh negara telah memberi kesan kepada kemajuan ekonomi negara dan rakyat. Data telah menunjukkan bahawa kelaziman tingkah laku sedentari di Malaysia adalah agak tinggi, dengan 1.7 juta rakyat Malaysia hidup dengan ketiga-tiga faktor risiko utama penyakit tidak berjangkitiii. Oleh itu Lifebuoy Malaysia telah menganjurkan kempen ini dengan tujuan menyokong rakyat Malaysia agar aktif dan sihat sambil mengekalkan amalan kebersihan yang baik, yang membuatkan anda berasa segar.”

Pelancaran kempen ini dimulakan dengan cabaran tarian TikTok yang menampilkan Aaron Chia dan Cik Manggis, Aaron mengetuai pasukan Lemon Fresh manakala Cik Manggis mengetuai pasukan Cool Fresh. “Rakyat Malaysia yang ingin menyertai cabaran ini perlu kongsi video mereka melakukan tarian atau senaman TikTok dan pasukan mana yang mereka ingin sertai. Untuk 1000 peserta pertama akan berpeluang menebus e-baucar bernilai RM20 untuk peralatan sukan mereka. Kami berharap agar pertandingan persahabatan ini akan menjadi daya tarikan kepada cabaran ini, dan kami berharap untuk melihat ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam kempen ini,” kongsi Siti Suhaila.

Cik Manggis, penyanyi, penari dan pelakon Malaysia, menjelaskan bahawa “Bersenam tidak semestinya satu aktiviti yang menakutkan, walaupun ia sering dianggap sebegitu. Untuk saya, menari merupakan salah satu

senaman yang terbaik kerana ia melibatkan pergerakan yang ceria dan menyeronokkan. Ia turut melibatkan muzik dan irama yang menambahkan lagi keseronokan aktiviti tersebut. Selepas melengkapkan rutin tarian saya, saya memilih Lifebuoy Cool Fresh untuk membantu saya berasa segar, bersih dan bersedia untuk memulakan hari saya. Jadi, jika anda bersedia untuk menyertai pasukan Cool Fresh, sertai saya kerana saya mempunyai rutin tarian yang menarik untuk anda!”

Aaron Chia, Atlit Kebangssan Malaysia, berkongsi bahawa “Sebagai seorang atlit, saya sering terdedah kepada peluh yang berlebihan dan orang ramai, terutamanya semasa Latihan dan kejohanan. Oleh sebab itulah saya memilih Lifebuoy Lemon Fresh kerana ia menyegarkan dan memberi semula tenaga serta-merta kepada saya, membolehkan saya kekal segar dan bebas kuman walaupun gaya hidup saya sangat sibuk. Sertai Cik Manggis dan saya dalam cabaran tarian TikTok ini. Bukan sahaja anda boleh berseronok, tetapi ia boleh menjadi langkah pertama untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.”

“Sebagai sebuah syarikat, Lifebuoy Malaysia telah, dan akan sentiasa mengutamakan usaha kearah kebaikan planet dan masyarakat kita. Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever’s Sustainable Living Brands) menyampaikan tujuan terhadap alam sekitar atau sosial yang kukuh melalui produk yang menyumbang kearah mencapai cita-cita syarikat iaitu dengan mengurangkan jejak alam sekitar kepada separuh dan meningkatkan impak sosial yang positif. Kempen ini merupakan satu lagi langkah yang kearah merealisasikan matlamat ini,” akhiri Siti Suhaila.

(Visited 4,112 times, 1 visits today)

Back to top