BERUS GIGI JORDAN ULTRALITE – BERUS GIGI PALING RINGAN, BERPRESTASI TINGGI!

Jordan Asia Pacific Sdn Bhd telah memperkenalkan rangkaian berus gigi Jordan Ultralite baharu di Malaysia, salah satu berus gigi paling ringan, berprestasi tinggi dan lestari di dunia! Jenama Scandinavia ini telah menjaga gigi orang ramai sejak 1927 dan terkenal di seluruh dunia dalam lebih 50 pasaran global.

Dengan berat hanya 8.7 gram untuk rangkaian berus gigi sensitif dan 9.2 gram untuk rangkaian berus gigi lembut biasa, Jordan Ultralite adalah inovasi berus gigi terbaharu oleh Jordan. Ultralite direka bentuk secara khusus agar sesuai dengan gaya hidup moden, aktif rakyat Malaysia, membawakan kebersihan maksimum, dengan reka bentuk urban berinspirasikan Scandinavia, dan kelestarian kepada para pengguna. 

Berus gigi Jordan Ultralite yang serba ringan ini diinspirasikan oleh gaya hidup aktif rakyat Scandinavia, ia tidak berkompromi dari segi prestasi. Pemegang kedua-dua rangkaian produk ini direka bentuk dengan corak heksagon yang kompleks, membolehkan penggunaan plastik dikurangkan sebanyak 50%, dan pada masa sama masih memberikan genggaman ergonomik selesa kepada pengguna. Ultralite yang diperbuat daripada 100% bahan tunggal boleh dikitar semula turut menjadikannya lebih mudah untuk dikitar semula. 

Malah Jordan turut mengenakan ujian muktamad ke atas Ultralite dengan menjemput penerjun bebas terkenal di dunia, Jonas, untuk menguji berus gigi tersebut semasa membuat penerjunan di udara. 

Tonton video aksi Jonas di sini: PAUTAN

“Sebagai jenama penjagaan mulut global yang menerajui segmen berus gigi, ubat gigi dan ruang antara gigi di kebanyakan pasaran, Jordan Ultralite telah direka bentuk di Scandinavia, dengan menggabungkan prestasi maksimum, reka bentuk moden, dan kelestarian. Perekanya mendapat ilham daripada alam semula jadi untuk menghasilkan berus gigi paling ringan di dunia yang tidak menjejaskan prestasinya. Perhatian yang lebih telah diberikan terhadap perincian reka bentuk Jordan Ultralite yang akhirnya menjadikan ia teman paling sempurna untuk pengguna aktif, dan menitikberatkan tentang penjagaan alam sekitar,” kata Pengurus Negara Malaysia, Thailand & Filipina Jordan Asia Pacific Sdn Bhd, Ong Teong Dee.

Tambah beliau, “Kami melihat Jordan Ultralite mampu menarik minat rakyat Malaysia yang mempunyai gaya hidup aktif dan lestari. Mereka mahukan produk seperti Jordan Ultralite – berkualiti tinggi dan berkesan untuk mereka dan pada masa sama baik untuk bumi ini. Mereka sentiasa mengutamakan kualiti dan prestasi apabila memilih jenama atau produk yang sesuai dengan gaya hidup mereka.”

Reka Bentuk Moden yang Diilhamkan oleh Alam Semula Jadi

Corak pada pemegang berus gigi ini diilhamkan daripada corak heksagon yang terdapat pada sarang lebah. Jordan mengekalkan struktur berbentuk sarang lebah ini sebagai ciri utama reka bentuk berus gigi itu, menjadikan ia lebih ringan dan mudah untuk dipegang, di samping mengekalkan keutuhannya untuk genggaman yang erat. Reka bentuk terbuka ini membolehkan pengguna membilas sisa ubat gigi dengan mudah serta memudahkan mereka memegang dan mengendalikan berus gigi tersebut. Rangkaian berus gigi sensitif Jordan Ultralite memberikan gosokan yang lembut dengan jangkauan yang hebat. Hujung bulu berusnya membolehkan pengguna menanggalkan plak dengan berkesan sementara kekal lembut pada gigi dan gusi mereka. Digabungkan dengan bulu berus yang direka khusus untuk pembersihan maksimum, Jordan dapat memastikan kesihatan gigi sentiasa diutamakan sambil menjadikan Jordan Ultralite sebagai berus gigi paling ringan di dunia.

Di peringkat global, Jordan sentiasa mencari penyelesaian baru yang saling berkaitan dengan kelestarian dan kesihatan penjagaan mulut. Berus gigi sensitif Jordan Ultralite yang serba baharu dijual pada harga RM9.90, boleh didapati di pasar raya utama, rangkaian kedai dan farmasi kesihatan & kecantikan. Anda juga boleh membeli Jordan Ultralite secara dalam talian melalui kedai rasmi Jordan di dalam Shopee dan Lazada.

(Visited 4,127 times, 1 visits today)

Back to top