
Masakan Jepun telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Elemen rasa yang seimbang
dengan rasa pedas cuka Jepun sudah pasti memikat selera rakyat Malaysia. Restoran Royale Songket
Mardhiyyah Hotel & Suites, yang terletak di Aras Lobi memperkenalkan Makan Malam Bufet
Antarabangsa yang menampilkan Bufet Fusion Japanese Antipasto.
Bufet Makan Malam Antarabangsa yang bermula pada 5 September 2022 ini menampilkan Fusion
Japanese Antipasto sebagai hidangan tambahan untuk makan malam bufet pada hari bekerja. Bufet
makan malam boleh didapatkan bermula Ahad hingga Khamis (tidak termasuk cuti am) dari jam 6.30
petang hingga 10.00 malam, dengan harga serendah RM 95.00 untuk dewasa, RM 65.00 untuk Warga
emas (60 tahun ke atas) dan RM 65.00 untuk kanak-kanak ( 6 hingga 12 tahun).

Royale Songket menyediakan variasi hidangan Sushi seperti Makizushi, Inarizushi, Miso Glazed Edamame,
Apple-Pear Chukka Idako Salad, Japanese Chilled Soft Tofu, Kanikama Chukka Wakame, Tradisional Ramen
Sup dan Spicy Ramen Sup, Udon Noodle, Soba Noodle, Ramen Noodle bersama perasa, Nasi Goreng
Bawang Putih Jepun, Yakitori, Chawan Mushi, Okonomiyaki dan Teppanyaki.
Manakala bagi mereka yang menggemari Tempura Mariowase, Royale Songket turut menyediakan
pelbagai jenis Tempura seperti Tempura Kani, Karaage Ayam, Tempura Sayur dan Tempura Ikan.

BUFET MAKAN MALAM ANTARABANGSA
Harga: RM 95.00 (Dewasa), RM 65.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas) &
RM 65.00 (Kanak-Kanak 6 hingga 12 tahun)
Day: Isnin – Khamis & Ahad (kecuali cuti am)
Masa: 6.30 petang – 10.00 malam
Tempat: Restoran Royale Songket, Aras Lobi

Anda disarankan membuat tempahan awal dan jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi 03-55118811 samb. 2612 (Restoran Royale Songket) atau 019-2616847/012-
3518284. Semua menu disahkan Halal oleh JAKIM & JAIS.
Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter &
Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mengetahui promosi-promosi terkini.

Restoran Royale Songket merupakan tempat yang harus dikunjungi untuk menikmati masakan asli
Malaysia dan antarabangsa. Dekorasi dalaman yang baharu melengkapkan isi ruang dengan konsep yang
lebih elegan dan mendamaikan. Anda pasti tertarik dengan persekitaran mesra pelanggan yang memberi
pengalaman yang cukup selesa untuk menikmati hidangan di sini.
Selangkah anda memasuki ruangan Restoran Royale Songket, pandangan anda pasti akan terpukau
dengan pencahayaan dari seggenap ruang yang akan melengkapkan rasa mewah restoran dalam hotel.