BAHARI ASYEK 2019 KEKALKAN BUSANA KLASIK DAN TRADISIONAL MELAYU

Anda yang menyukai rekaan busana klasik dan tradisional sudah pasti menyenangi koleksi terkini Bahari Asyek sempena Syawal 2019.

Koleksi Bahari Asyek kali ini tetap menawan hati dan masih mempamerkan keayuan si pemakai. Sudah 11 tahun nama Bahari Asyek meniti di persada dunia fabrik dan fesyen tempatan.

Jadi, tidak hairanlah saban tahun,khususnya pelanggan tetapnya menanti-nantikan rekaan terkini yang sentiasa diberikan suntikan eksklusif dan kontemporari supaya lebih menarik dan tidak ditelan dek zaman.

Busana Klasik Pilihan Eksklusif

Syawal 2019 kali ini, ada 32 rekaan baru yang masih mengekalkan konsep warisan dan tradisional. Memang cantik, memang menawan dan bakal menyerlahkan keayuan anda apabila menggayakannya nanti di Aidilfitri.

Antara koleksi yang diketengahan ialah kebaya Pahang, kebaya 4 Dara, kebaya Siti Zaleha, kebaya Cik Siti Wan Kembang, kurung Kedah Seri, kurung Kedah Sunti, kurung Pahang, kurung Tun Teja, kurung Tun Fatima dan pelbagai rekaan lagi.

Jangan bimbang tentang kualiti kerana koleksi busana yang dihasilkan oleh Bahari Asyek ini hanya menggunakan fabrik yang benar-benar berkualiti.

Bergaya Lebih Ayu dan Manis

Anda yang ingin bergaya lebih ayu dan manis di pagi Syawal, jangan lupa dapakan koleksi terkini Bahari Asyek. Nak tahu lebih lanjut bolehlah follow instagram mereka. Nak buat pembelian secara online pun boleh.

www.instagram.com/bahariasyek.co  www.instagram.com/bahariasyekofficial

Di samping itu, bagi yang ada kelapangan, bolehlah juga singgah di butik terbaru Bahari Asyek di di lot ruang legar, Lobi Hotel Concorde Shah Alam.

busana klasik
Pasangan usahawan yang gigih dan cemerlang, Puan Zahalina dan En. Zailan.

Tahniah buat Pengarah Urusan Bahari Asyek, Puan Zahalina dan suami, Encik Zailan Abdul Ghani atas usaha memartabatkan buasana warisan silam tanpa rasa jemu serta putus asa.

(Visited 2,788 times, 1 visits today)

Back to top