5 CARA DIET YANG SALAH. PATUTLAH TAK KURUS!

cara diet yang salah

Ramai di antara kita yang mengalami kegagalan diet akibat mengamalkan cara diet yang salah!  Situasi ini sudah pasti membuatkan kita berasa bengang. Maklumlah dah penat berjuang melakukan diet, macam-macam diet telah dicuba tetapi berat badan tetap tidak mahu turun.

Sebenarnya jika ingin menurunkan berat badan, kita boleh sahaja mencuba apa sahaja diet yang ada. Tetapi, supaya segalanya tidak berakhir di katil hospital, ada baiknya kita memikirkan soal kesihatan terlebih dahulu. Lakukan diet dengan cara yang betul dan bukannya melakukan cara diet yang salah sehingga badan kita kekurangan cecair!

Masih ramai  yang mengalami situasi yang sama, berdiet tetap berat badan tetap juga tidak mahu turun. Semua ini disebabkan kerana kita telah mengamalkan cara diet yang salah tanpa disedari. Akibatnya, berat badan kita berada di dalam posisi yang tidak stabil dan kita lebih mudah mengalami kenaikan berat badan.

Berikut adalah berapa cara diet yang salah dan sering kita lakukan:

cara diet yang salah

Kalau Nak Kurus, Jangan Makan Tiga Kali Sehari!

Ketika berdiet bukan bermakna kita tak perlu makan sama sekali. Makan tetap makan! Waktu makan pun perlu teratur, dan tidak boleh makan sembarangan.

Sengaja melengah-lengahkan masa makan seperti sarapan atau makan malam merupakan salah satu cara diet yang salah.  Padahal sarapan penting sebagai energi utama untuk melakukan aktiviti sepanjang hari dan menghindari pengambilan gula atau lemak berlebihan di saat lapar.

Lagipun  makan secara teratur (3 kali sehari) akan meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu mengurangi berat badan karena proses pembakaran lemak dan kalori lebih mudah.

cara diet yang salah

Pengambilan Protein Yang Berlebihan

Diet yang menyarankan untuk tidak makan karbohidrat atau lemak sama sekali, dan hanya mengambil  buah-buahan dan sayur-sayuran  sahaja tidak baik untuk kesihatan kerana keperluan tubuh tentang vitamin dan mineral tidak akan mencukupi.

Tubuh masih memerlukan pengambilan kalori dan nutrien yang seimbang untuk menjaga kesihatan. Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada makanan yang berlemak sama sekali.

Namun, ada juga yang melakukan diet lebih senang memilih makan ikan berbanding daging ataupun ayam kerana mahu mendapatkan bentuk abdan yang menarik.Memang bagus, tetapi ambil dalam jumlah yang normal dan tidak berlebihan.

Pengambilan protein yang terlalu tinggi juga boleh meningkatkan risiko dan boleh menyebabkan berat badan meningkat.

cara diet yang salah

Kurang Bergerak

Banyak bergerak atau melakukan senaman dapat  meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, malahan berat badan pun akan menjadi  lebih cepat turun.

Setiap rancangan diet perlu dilengkapi dengan senaman yang seimbang. Apatah lagi ketika kita memulakan diet, badan akan terasa sedikit lemah sehingga kita hanya duduk atau tidur.

Selain mengambil makanan yang sihat ketika berdiet, kita juga perlu banyak bergerak supaya proses diet berjalan dengan cepat dan lancar.

cara diet yang salah

Salad Makanan Diet

Pengambilan  salad memang baik, namun patut diingat bahawa  mayonnaise yang menyertai salad juga mengandung lemak yang cukup tinggi.

Salad sebagai makanan diet boleh dipertahankan jika dressing-nya rendah kalori atau makan sekadar untuk dicicah sahaja bersama salad.

cara diet yang salah

Yogurt Adalah Minuman Sihat

Hakikatnya tidak semua yogurt menjadi minuman sihat. Ada yogurt yang mengandungi manisan buah dan dibekukan ternyata mengandungi kadar gula yang tinggi.

Yogurt jenis whole milk pasti tinggi lemaknya. Jadi, sekiranya ingin berdiet dengan sihat, pilihlah yogurt yang plain ataupun non fat.

Itulah 5 cara diet yang salah dan perlu kita hindari bagi mendapatkan bentuk badan idaman secara sihat.

(Visited 2,462 times, 1 visits today)

Back to top