Gatal-gatal pada kulit ketika mengandung adalah perkara yang normal dan biasanya muncul di trimester ketiga (7-9 bulan).
Gatal gatal pada kulit ibu mengandung biasanya terjadi di sekitar perut dan payudara. Ini disebabkan oleh perubahan hormon. Peningkatan hormone chorionic gonadotropin dan hormone estrogen sering menjadi penyebab utama timbulnya gangguan kesihatan ini.
Regangan yang terjadi pada kulit disebabkan semakin membesarnya payudara dan perut juga boleh menjadi penyebab gatal-gatal pada kulit ibu mengandung.
Namun, tidak semua ibu mengandung yang merasakan kegatalan ini. Masalah gatal-gatal pada kulit ibu mengandung biasanya muncul pada trimester ketiga kehamilan.
Gejala ini akan terus menjadi parah seiring dengan perkembangan tahap kehamilan. Apatah lagi, jika dibiarkan begitu sahaja. Rasa gatal tersebut akan jadi semakin menggila dan tentunya sangat menganggu aktiviti harian ibu mengandung.
Rasa gatal ini berbeza-beza pada setiap ibu mengandung, dan kerap menyerang di kawasan perut, payudara, paha, leher kaki lengan dan punggung.
Selain itu, kegatalan tersebut juga boleh menyebabkan timbulnya rasa kebas, ruam dan kemerahan. Ada juga ibu mengandung yang berhadapan dengan bintik-bintik seperti kesan digigit serangga.
- Anda mungkin mahu mencuba alternatif lain seperti menggunakan kulit pisang.
- [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_self”]
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA PERKARA INI TERJADI? MAMANET KONGSIKAN BEBERAPA CARA MENGATASI GATAL-GATAL PADA KULIT KETIKA MENGANDUNG. SELAMAT MENCUBA!
- LIDAH BUAYA
Ternyata khasiat lidah buaya boleh digunakan untuk mengatasi masalah gatal gatal pada kulit ibu mengandung yang berkesan dan tidak memberikan efek sampingan.
Kita hanya perlu mengambil beberapa tangkai lidah buaya dan ambillah cairan lendir atau gelnya. Sapukan secara merata pada kawasan yang terasa gatal. Insya-Allah kegatalan yang menganggu akan segera hilang.
2. LOSYEN PELEMBAB ATAU BODY BUTTER
Pelembab kulit ataupun body butter boleh menjadi ubat gatal untuk ibu mengandung kerana dapat menghidrasi kulit sehingga boleh mengurangkan rasa gatal dan kulit kering.
Sapukannya secara teratur pada badan untuk menjaga keanjalan kulit, khusunya pada bahagian yang mengalami peregangan ketika mengandung seperti perut, punggung, paha dan payudara.
- MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA
Salah satu penyebab gatal pada ibu mengandung adalah kerana kulit yang terlalu kering.
Jadi, minumlah air masak secukupnya supaya dapat menjadi solusi ubat gatal untuk ibu mengandung yang berkesan dan murah.
- JANGAN PAKAI PAKAIAN KETAT
Pakailah pakaian yang longgar dan daripada bahan cotton. Kain cotton memiliki sifat menyerap keringat yang melekat pada badan sehingga dapat mengurangkan rasa gatal pada badan ibu mengandung.
Pakaian longgar juga cukup membantu mengatasi masalah gatal tersebut. Pakaian yang longgar akan membuatkan peluh yang melekat pada badan akan lebih cepat menyerap kerana pengaliran udara di sekitar kulit yang dibaluti oleh pakaian longgar.
- MINYAK ZAITUN
Sapukan perut dengan minyak zaitun. Kandungan yang terdapat pada minyak zaitun dipercayai dapat melembabkan dan melembutkan kulit.
Sapukan sedikit minyak zaitun ke bahagian perut secara merata setiapkali selepas mandi. Cara ini dapat membantu mengurangkan rasa gatal pada perut ibu mengandung.
Itulah beberapa cara mengatasi gatal-gatal pada kulit ibu mengandung. Jika keadaan tersebut masih terus berlarutan, segeralah membuat pemeriksaan doktor. Pastikan anda mendapatkan ubat yang selamat untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. Di samping itu, jangan lupa menjaga kebersihan tubuh badan ya!