Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
kolesterol

Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi

Posted on 09/21/202309/21/2023 by 123mamanet

Jika  anda termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai kolesterol tinggi, anda wajar mengetahui cara menurunkanya serta mempraktik langkah-langkah yang diberikan supaya anda dapat menjaga kadar kolesterol.

Isi Kandungan hide
1 Apa Itu Kolesterol?
2 Punca Kolesterol Tinggi atau Hiperkolesterolemia
2.1 Faktor Genetik
2.2 Pemakanan Tidak Sihat
2.3 Kurangnya Aktiviti Fizikal
2.4 Merokok
2.5 Umur
2.6 Obesiti
2.7 Penyakit Metabolik
2.8 Stres
2.9 Alkohol
2.10 Penyakit Tiroid
3 Jenis-Jenis Kolesterol
3.1 Kolesterol LDL (Low-Density Lipoprotein)
3.2 Kolesterol HDL (High-Density Lipoprotein)
4 Risiko Diserang Penyakit
5 Cara Menurunkan Kolesterol
5.1 Teh Hijau
5.2 Avocado
5.3 Ubah Menu dan Cara Memasak
5.4 Bersenam Secara Teratur

kolesterol

Apa Itu Kolesterol?

Ia adalah sejenis lemak yang terdapat dalam darah kita. Merupakan bahan penting untuk tubuh kita, tetapi apabila tahapnya dalam darah terlalu tinggi. Ia boleh menjadi masalah kesihatan serius.

Jadi, kita perlu tahu cara menurunkan bagi mengurangkan jumlahnya supaya kesihatan tubuh kita sentiasa terjaga.

Punca Kolesterol Tinggi atau Hiperkolesterolemia

Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk:

  • Faktor Genetik

Ia  boleh menjadi masalah yang diwarisi. Jika ahli keluarga terutamanya ibu bapa atau saudara yang mempunyai sejarah kesihatan yang begitu,  risiko anda untuk mengidapnya  juga lebih tinggi.

  • Pemakanan Tidak Sihat

Diet tinggi lemak tepu khususnya yang berasal dari makanan seperti daging merah berlemak, produk tenusu berlemak, makanan segera dan makanan yang digoreng  boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah.

  • Kurangnya Aktiviti Fizikal

Gaya hidup yang kurang aktif atau kurang senaman boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan kolesterol LDL yang tinggi.

  • Merokok

Perokok aktif atau pasif lebih cenderung mempunyai tahap kolesterol yang tidak ideal dan peningkatan risiko penyakit jantung.

  • Umur

Seiring bertambahnya usia, tahap kolesterol cenderung meningkat. Ini disebabkan oleh perubahan metabolisme semulajadi dalam tubuh.

  • Obesiti

Orang yang mengalami obesiti atau memiliki berat badan berlebihan sering menghadapi masalah kolesterol tinggi.

  • Penyakit Metabolik

Beberapa penyakit seperti diabetes tahap 2 dan sindrom metabolik (kombinasi tekanan darah tinggi, obesiti dan gangguan metabolisme gula) boleh meningkatkan risiko ketinggiannya.

  • Stres

Terlalu banyak stres atau tekanan emosi boleh mempengaruhi gaya hidup, termasuk pemakanan yang tidak sihat atau kurangnya senaman yang boleh menyumbang kepada permasalahan tersebut.

  • Alkohol

Minum alkohol secara berlebihan juga boleh meningkatkan tahap ketinggiannya dalam darah.

  • Penyakit Tiroid

Gangguan tiroid seperti hipotiroidisme boleh mengganggu metabolisme -nya dalam tubuh.

Nota: Penting untuk diingat bahawa faktor-faktor ini seringkali berkait rapat dan risiko tahap ketinggiannya  boleh dipengaruhi oleh gabungan beberapa faktor.

kolesterol

Jenis-Jenis Kolesterol

Terdapat dua jenis yang utama:

  • Kolesterol LDL (Low-Density Lipoprotein)

Kolesterol LDL sering disebut sebagai “kolesterol jahat” kerana jika tahapnya tinggi, ia boleh menyebabkan pengumpulan lemak dalam arteri yang boleh menyempitkan saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

  • Kolesterol HDL (High-Density Lipoprotein)

Kolesterol HDL dikenali sebagai “kolesterol baik” kerana ia membantu membersihkan mana yang berlebihan dari arteri dan membawanya kembali ke hati untuk pemrosesan.

Peningkatan tahap LDL dalam darah boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti pemakanan yang kaya lemak tepu, kurangnya aktiviti fizikal, genetik dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum alkohol secara berlebihan.

kolestero

Risiko Diserang Penyakit

Kadarnya yang tinggi boleh menyebabkan datangnya penyakit mendadak seperti darah tinggi, strok, jantung yang mana boleh mengakibatkan kematian.

Mereka yang memiliki masalah ini, biasanya mengalami kelebihan berat badan serta cepat penat dan mengah, terutama apabila melakukan aktiviti yang berat. Jadi, anda juga perlu lebih selektif dalam memilih makanan.

Untuk mengurangkan risiko ini  atau mengawal tahap yang tinggi adalah penting untuk menjalani gaya hidup yang sihat termasuk pemakanan seimbang, senaman yang mencukupi dan  menghindari faktor risiko seperti merokok dan kelebihan alkohol.

Jika anda mempunyai sejarah keluarga atau  faktor risiko yang lain, berbincang dengan doktor untuk strategi pencegahan yang sesuai.

Cara Menurunkan Kolesterol

Berikut  beberapa cara menurunkannya yang boleh anda praktik:

  •  Tomato

Anda boleh menurunkannya dengan pengambilan dua gelas jus tomato pada setiap hari. Jika dilakukan secara teratur, insya-Allah, kadar kolesterol anda akan menurun secara semulajadi.

  • Jus Delima

Minumlah jus delima pada setiap hari jika anda ingin menurunkannya. Kandungan zat yang terdapat pada delima ini mampu mengurangkan penimbunannya.

Di samping itu meningkatkan asid nitrat yang boleh mengoptimalkan pengurangan plak arteri dan penimbunannya.  Minumlah jus delima tiga kali sehari setiapkali selepas makan bagi menurunkannya.

  • Teh Hijau

Theanine yang terdapat dalam teh hijau dikatakan dapat meningkatkan kolesterol yang baik serta mencegah terjadinya kolesterol jahat. Memandai jika anda meminum empat cawan teh hijau sepanjang hari supaya kadarnya tetap terjaga.

  • Avocado

Buah avocado boleh diolah dengan cara dibuat jus atau terus dimakan begitu sahaja dengan gula ataupun madu bagi menurunkan kolesterol. Avocado mempunyai banyak vitamin dan meineral yang baik untuk tubuh. Selain mengandungi asid lemak yang baik, avocado juga merupakan makanan yang sangat bagus untuk otak.

Cara menurunkannya dengan avocado perlu dilakukan secara teratur. Jika ia sudah tinggi, anda disarankan minum jus avocado tanpa gula tiga kali kali sehari.

kolesterol

  • Ubah Menu dan Cara Memasak

    Jika sebelum ini anda gemar menikmati hidangan berdaging dan bergoreng, mulai hari ini beralihlah kepada sayur-sayuran, ikan dan cara merebus,mengukus ataupun dibakar tanpa minyak/mentega.Apabila memasak, pilih minyak kelapa kerana ia mengandungi lemak tepu yang baik.

  • Bersenam Secara Teratur

Dengan melakukan senaman secara teratur akan membantu meningkatkan kadar kolesterol baik. Antara jenis senaman yang disarankan adalah seperti berbasikal, aerobik, jogging, jalan kaki dan berenang.

Lakukan aktiviti sihat ini paling kurang 3 kali seminggu, 30 hingga 60 minit setiap hari dengan denyutan jantung 70 hingga 80%.

 

 

3 thoughts on “Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi”

  1. Pingback: Petua Hilangkan Batuk Berkahak - 123mamanet
  2. Pingback: Khasiat Teh Untuk Kesihatan Manusia - 123mamanet
  3. Pingback: Makanan Punca Kolesterol Tinggi! - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha
  • Pelancaran Garis Panduan Optometris Malaysia

Recent Posts

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme