CAROUSELL DAN UNILEVER LANCARKAN KEMPEN RAMADAN #TETAPBUKA

Carousell, salah satu platform jual beli dalam talian terbesar dan paling pantas berkembang telah mengumumkan pelancaran Kempen Ramadan #TetapBuka, menawarkan sebuah platform kepada pemilik perniagaan tempatan untuk menjual barangan makanan mereka semasa bulan puasa. 

#TetapBuka dianjurkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong pertubuhan F&B yang lebih kecil di kawasan mereka, terutama sekali ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana penjual tidak dapat membuka gerai fizikal di Bazar Ramadan.

Dengan menggunakan penyaringan yang tersedia dalam aplikasi Carousell, selepas disenaraipendekkan, pengguna dapat mencari penjual makanan yang berdekatan dengan lokasi mereka dalam jarak 10 kilometer. 

Dengan kerjasama Unilever Food Solutions, pembekal perkhidmatan makanan utama yang merangkumi jenama seperti Knorr, Best Foods dan Lipton, telah menghubungkan Carousell dengan ribuan perniagaan F&B justeru mempelbagaikan lebih banyak juadah bagi rakyat Malaysia.

Proses onboarding akan memastikan bahawa pemilik perniagaan yang belum pernah mengalami operasi dalam talian mampu disenaraikan dalam Carousell supaya lebih diketahui orang awam.

Dengan penyenaraian Carousell, pemilik F&B akan dapat menyediakan perkhidmatan bungkus ‘take-away’ atas permintaan tanpa perlu membayar premium atau caj komisen yang dikenakan oleh vendor luar. Secara tidak langsung, Carousellers akan dapat menyokong pertubuhan F&B tempatan yang berdekatan. 

Carousell

Pemilik F&B yang berminat untuk penyenaraian boleh mengikut panduan mudah ini: https://my.carousell.com/s/tetapbuka-let-s-support-our-local-f-bs-11742.

“Dalam waktu sukar dan tidak menentu ini, kami di Carousell tekad untuk bersama dengan komuniti Carousellers ingin membantu perniagaan F&B kecil untuk menjual barangan makanan mereka semasa bulan Ramadan.

Kita semua sedia maklum rakyat Malaysia cukup berbangga dengan makanan tempatan, dan kami gembira dapat menyediakan sebuah platform kepada penjaja F&B tempatan seperti Mak Cik Kiah untuk menjual hidangan istimewa ciptaan mereka sendiri kepada khalayak ramai, hasil kerjasama dengan Unilever Food Solutions.

Oleh itu, mari kita saling bantu membantu dan tunjukkan semangat #kitajagakita dalam mengharungi situasi ini bersama-sama,” jelas Tang Siew Wai, Pengurus Negara (Malaysia), Carousell. 

Ivan Lu, Pengarah Urusan Unilever Food Solutions Malaysia & Singapura, berkata, “Kami sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada kolaborasi ini bagi memanfaatkan platform e-Dagang yang menyaksikan Carousell mewujudkan peluang perniagaan bagi penjual F&B di bulan Ramadan.

Melalui kerjasama ini, kami akan berkongsi kepakaran mengenai keselamatan makanan, penghantaran, perlindungan keuntungan dan menu peningkatan-imuniti dengan semua penjual makanan tempatan.

Di samping itu, saya percaya bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ini bukan sekadar membeli makanan di Bazar Ramadan tetapi lebih kepada tradisi yang diraikan setiap kali tibanya bulan puasa, dan kami sangat gembira dapat memberikan peluang ini secara unik tahun ini.”

Kempen Ramadan #TetapBuka adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan antara Carousell dan Unilever untuk menyokong pertubuhan F&B tempatan semasa PKP yang akan berlangsung sehingga 12 Mei.

(Visited 1,487 times, 1 visits today)

Back to top