NIKMATI PENGALAMAN KEMPEN MUSIM CUTI SEKOLAH “BEST SUMMER EVER” CARTOON NETWORK

Cuti sekolah kian tiba, dengan penjarakkan sosial yang masih perlu dipatuhi tentu sahaja anak-anak masih menghabiskan masa di rumah. Apa kata, kali ini biarkan mereka menikmati musim cuti sekolah paling mengujakan dengan ditemani oleh rakan-rakan Cartoon Network!

Di samping, jangan lupa sertai Pertandingan Tonton-dan-Menang ok. Ada banyak hadiah menarik yang boleh dimenangi. Antara hadiah menarik tersebut ialah berupa patung We Bear Bears bersaiz mega serta barangan premium karakter Ben 10 dan The Powerpuff Girls.

Pertandingan Melukis ‘Cuti Sekolah Paling Mengujakan’

Untuk aktiviti menyeronokkan yang lebih praktikal, anda boleh menonjolkan sisi kreatif dengan menyertai Pertandingan Melukis  ‘Best Summer Ever’. Ia merupakan platform terbaik untuk meningkatkan imaginasi dan mengasah bakat melukis anda.

Berlangsung dari 11 Mei hingga 28 June, hasil lukisan terbaik akan memenangi barangan menarik dan lukisan yang menang akan ditayangkan di saluran Cartoon Network kepada penonton di Asia – mengapa tidak bakat hebat dikongsi bersama orang ramai!

Jangan lepaskan peluang musim cuti sekolah ini dengan program istimewa ‘Best Summer Ever’, semuanya tanpa perlu melangkah keluar dari pintu rumah. Untuk makumat lanjut tentang pertandingan, sila layari http://www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever!

Apa Yang perlu Anda Lakukan:

Tak susah mana pun, anda hanya perlu menonton siaran Cartoon Network (Astro Ch 615HD / 635) setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari bermula Isnin (11 Mei hingga 28 Jun), dan berjaga-jaga dengan kod rahsia yang akan muncul pada skrin televisyen. 

Kemudian, layari http://www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever untuk menghantar kod rahsia dan kongsikan mengapa anda suka menonton Cartoon Network. 

Dalam pada itu, teruskan menonton pelbagai kartun menarik di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635) sepanjang musim cuti sekolah ini!

Weekdays at 9am in May and June

New Premieres on Weekends in May

New Premieres on Weekends in June

Senang aje kan nak menang hadiah menarik tu! So, jangan lepaskan peluang terbaik ini dan semoga berjaya!

(Visited 5,674 times, 1 visits today)

Back to top