Citizen Time Is Light Art Installation Pop-Up Di Isetan

citizen time
Photo by AndyKho.com

Bagi meraikan pelancaran jam tangan edisi terhad CITIZEN Eco-Drive One dan CITIZEN L Ambiluna, Citizen Time mempersembahkan binaan pop-up digital yang unik iaitu Time Is Light di Isetan Kuala Lumpur.

 

citizen timeKerjasama arkitek Jepun yang terkenal Tsuyoshi Tane dan Yutaka Endo, menjadikan binaan Art Light CITIZEN Time sebagai kesinambungan untuk daripada konsep Frozen Time yang dipamerkan di Baselworld sejak 2013.  Ketahui juga cara melengkapkan gaya muslimah.

 

Architect Tsuyoshi Tane dipetik sebagai berkata “Masa adalah Cahaya. Tanpa cahaya, Masa tidak akan wujud. Masa adalah Cahaya merupakan menisfestasi kepada Cahaya kembali kepada Masa.”

 

Di samping itu, Citizen Time terus  melangsungkan kolaborasi dengan Tsuyoshi Tane,  ini adalah kali pertama ia menggabungkan kepakaran teknikal muzik dan artis  reka bentuk digital, Yutaka Endo dari Luftzug.

 

citizen time
Photo by AndyKho.com

Tetamu VIP dan rakan media telah dibawa untuk menyaksikan ke paparan memukau seni digital yang terdiri daripada elemen  audio-visual seperti yang pernah dipamerkan oleh  CITIZEN di Baselworld 2013, Frozen Time, Baselworld 2015, Compressed Time and Milan Design Week 2014 Light Is Time, Baselworld 2015, Expansion Time, Baselworld 2016 Horizontal Time and Milan Design Week 2016, Time is Time.

 

Selebriti tempatan dan mereka yang berpengaruh seperti Izzue Islam, Amber Chia, Preston Leen, Jessica Chaw dan Jxhia Wong turut memeriahkan pelancaran Pameran Pop-Up Time is Light  dan dipersembahkan dengan jam tangan dari CITIZEN L Ambiluna dan Eco-Drive One Collection.

 

Pameran Pop-Up Art Time is Light  CITIZEN akan diadakan selama sebulan hingga 28 November di Isetan The Japan Store di LOT 10 Kuala Lumpur. Kedai ini telah dibuka secara rasmi pada 27 Oktober 2016.

 

LIKE & SHARE MAMANET

 

 

(Visited 3 times, 1 visits today)

Back to top