Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
ular

Cuaca Panas, Jaga-Jaga Ular Keluar!

Posted on 04/21/201609/24/2023 by 123mamanet

Ular.Baru-baru ini berlaku kejadian seorang pelajar, Nuri Nadirah Ruslan, 7 meninggal dunia akibat dipatuk oleh seekor ular kapak di sekitar bilik darjahnya di Pengkalan Chepa Kelantan. Kemudian, seorang lagi kanak-kanak dilaporkan cedera dipercayai mengalami tragedi yang sama.

Isi Kandungan hide
1 Kenapa ular berbisa keluar?
2 Kenapa ia berbahaya?
3 Lokasi Kegemaran?
4 Langkah Pencegahan
5 Anekdot: Kenali Ular Kapak (viperidae/viper)

ular

Kenapa ular berbisa keluar?

Hal ini menimbulkan rasa panik di kalangan ibu bapa khususnya terhadap keselamatan anak-anak. Mengapa secara tiba-tiba binatang ini menjadi pembunuh? Ikuti pendedahan yang dikongsi oleh seorang mantan anggota bomba mengenai hal ini:

Cuaca panas terik menyebabkan ular keluar mencari perlindungan di lokasi yang lebih sejuk dan selamat. Sewaktu berhijrah binatang berbisa ini sangat sensitif dan agresif. Keadaan yang sama berlaku pada musim mengawan dan selepas salin kulit.

Baca Juga: Ikan Haruan

Kenapa ia berbahaya?

Ular berbisa seperti tedung selar, tedung, katam tebu dan ular kapak boleh membunuh dengan cepat. Ia akan mematuk mangsa dan mengeluar atau mengalirkan bisanya melalui taring.

Lokasi Kegemaran?

Ia akan memasuki rumah atau bangunan melalui saluran air, paip, longkang, celahan pintu dan tingkap. Ia akan mencari tempat sejuk yang dirasakan selamat iaitu bawah dapur, bawah almari, bawah kerusi, atas almari dan bilik air. Hati-hati dan sentiasa periksa persekitaran rumah.

Baca Juga: Hapuskan Cicak Di Rumah

 

ular

Langkah Pencegahan

  1. Untuk keselamatan dan pencegahannya daripada masuk dalam rumah, taburkan garam kasar dan belerang (sulfur) di sekeliling rumah.
  2. Elakkkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu kerana ia boleh menjadi ‘port’ selamat untuknya.
  3. Perhatikan dulu sesuatu sudut atau sekitar bilik termasuk mangkuk tandas sebelum anda menghampirinya.
  4. Elakkan memasuki tempat yang gelap. Pastikan lampu dinyalakan jika anda ingin masuk ke dapur atau stor.
  5. Bersihkan persekitaran rumah dan sekolah dari semak-samun atau bahan-bahan terbuang.
  6. Pastikan lubang-lubang ditutup untuk mengelakkannya membolosi.
  7. Jika dipatuk, segera ikat bahagian atas daripada tempat patukkan dan hantar ke unit kecemasan hospital. Sebaiknya anda tahu jenisnya supaya mudah untuk doktor mendapatkan penawar yang sesuai.

 

Anekdot: Kenali Ular Kapak (viperidae/viper)

Terdiri daripada keluarga Viperidae. Di Malaysia, jenis ini  tergolong dalam keluarga ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau dan Kapak Hijau.

Jenis dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racunnya terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

Gigitannya adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan itu juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenisnya yang menggigit.

Mangsa gigitan jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku.

Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

Sumber: Wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme