CUBIC CATS KISAH 4 EKOR KUCING COMEL DAN NAKAL BERSAMA TUANNYA

Cubic Cats

Cubic Cats adalah sebuah siri animasi yang mengisahkan kehidupan harian Kak Ti dengan empat ekor kucingnya yang sangat comel dan nakal. 

Empat ekor kucing ini bernama, Bubu, Chey Chey, Atati dan Juju. Cubic Cats memaparkan kandungan-kandungan mereka menerusi Facebook, Instagram dan juga di Youtube.

Syarikat Anak Tempatan

Animatic Studios Sdn Bhd adalah merupakan syarikat anak tempatan yang menghasilkan animasi 3D, bertempat di Shah Alam. 

Mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun, syarikat ini bukan sahaja mahir dalam animasi 3D tetapi juga mempunyai kepakaran dalam menghasilkan creative content seperti visual effects, motion graphics dan branding.

Ini dapat dibuktikan melalui projek-projek yang dihasilkan untuk client dari Turki, Spain dan juga Qatar. Pada tahun 2018, syarikat ini telah bekerjasama dengan Primeworks Studio dan TV3 dalam menghasilkan klip animasi 3D untuk Jejak Rasul. 

Malah tahun ini juga mereka sekali lagi bergabung dalam menghasilkan animasi 3D untuk Jejak Rasul yang akan ditayangkan pada bulan ramadhan tahun ini.

Bukan itu sahaja, pada masa yang sama Animatic Studios sedang aktif dalam pembikinan animasi kucing pertama di Malaysia, Cubic Cats,yang juga merupakan IP mereka. 

Karakter Kucing Bersama Tuannya

Keunikan Cubic Cats terletak pada kandungan dan karakter-karakter kucing bersama tuannya. Setiap idea Cubic Cats dihasilkan berdasarkan kisah benar pengalaman pemilik Animatic studios bersama kucing-kucing mereka.

Gelagat Kak Ti melayan kucing-kucingnya telah menghiburkan hati orang ramai, terutama sekali di kalangan pencinta-pencinta kucing. Kebanyakan pengikut setia Cubic Cats sentiasa menunggu kandungan terbaru. Kini Cubic Cats mempunyai lebih dari 90 ribu pengikut di social media platform.

Bakal Ditayangkan Akhir Tahun 2021

Kandungan Cubic Cats yang merangkumi klip animasi dan komik bukan sahaja telah menarik perhatian pengikut-pengikut mereka malah juga telah berjaya menarik minat jenama-jenama terkemuka untuk bekerjasama seperti Powercat, Royal Canin, HaiMeow dan Jaya Shopping Center. Cubic Cats dijangka akan ditayangkan di televisyen pada akhir tahun 2021

cubic cats

Klip Animasi Covid-19

Mengikuti perkembangan Covid-19, Cubic Cats juga turut tidak ketinggalan menghasilkan klip animasi untuk menyebarkan pesanan kepada rakyat Malaysia.

Menggunakan hashtag #rakyatmalaysiabersatu Cubic Cats berharap melalui klip animasi yang berdurasi 90 saat itu dapat memberi mesej kepada rakyat Malaysia untuk harus bersatu mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan penyebaran Covid-19.

Tonton Sekarang! https://www.youtube.com/cubiccats

(Visited 1,811 times, 1 visits today)

Back to top