WAJIB ADA! 6 PRODUK PENJAGAAN RUMAH DAN KAWALAN SERANGGA DARIPADA EARTH HOME

Earth Home

Inginkan persekitaran kediaman yang lebih selamat dan sihat? Produk penjagaan rumah dan racun serangga daripada Earth Home ini sangat membantu!

Earth Corporation Jepun (EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga, kini memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia. 

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata, “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. 

Produk Terlaris Di Jepun

Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.” 

“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.”

“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau.

Wujud Sejak 128 Tahun Lalu 

Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.

Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad, meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian.

Dengan kemudahan R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan di dalam pasaran. 

Menurut Hosaka lagi ,“Sejumlah besar produk kami merupakan produk terlaris di negara dimana ia dipasarkan. Di Jepun, produk kawalan serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini.   

Berikut 6 produk yang wajib ada di rumah anda! 

1.    Penyembur Fabrik NATUCAIR 

Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.

Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90

Earth Home

2.    Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR

Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.

Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90

3.    ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60

Earth Home

4.    Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap  

100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90

5.    Perangkap Tikus Bergam ARS

Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil) 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90

Earth Home

6.    Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90

SERTAI PERADUAN & MENANGI HADIAH MENARIK!

CEPAT! TARIKH TUTUP 31 JULAI, 2020

(Visited 2,939 times, 1 visits today)

Back to top