FESTIVAL PERKAMPUNGAN BUDAYA MELAYU ‘MALAY WORLD CULTURAL PARADISE’ BUKA RUANG KEPADA MASYARAKAT HAYATI KEUNIKAN SENI DAN BUDAYA TANAH AIR

Majlis Pra Pelancaran telah disempurnakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan
Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Usaha untuk memartabatkan seni dan budaya Melayu tak pernah luntur bagi Noraniza Idris, penyanyi etnik  tanah air yang juga merupakan pengasas program modal insan ‘Malay World Cultural Paradise’.

Noraniza Idris mahu golongan muda menghargai keunikan seni dan budaya Melayu

Justeru itu, beliau telah menganjurkan Festival Perkampungan Budaya ‘Malay World Cultural Paradise’ sebagai satu aktiviti tarikan pelancongan secara global menerusi platform media sosial secara menyeluruh. 

Festival yang mempamerkan seni dan budaya Melayu khususnya memberi ruang kepada masyarakat, terutama golongan muda zaman sekarang untuk menghayati sendiri keunikannya. Bukan setakat menerusi tarian dan nyanyian sahaja. Bahkan melalui pakaian, bahasa, warisan makanan dan juga permainan rakyat.

Program ini juga merupakan kesinambungan kampen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris.Penganjuran festival ini juga turut membantu merangsang perkembangan ekonomi industri usahwan kecil dan sederhana (IKS). 

Seramai 50 usahawan tempatan akan ke 7 buah lokasi bermula Januari akan datang. Mereka berpeluang mempromasikan produk jualan mereka. Di majlis pra pelancaran tersebut sebanyak 10 orang usahawan terlibat sebagai pengenalan.

Festival yang berkampung selama 3 hari, di lokasi pertamanya di Aeon Shah Alam, Selangor ini bermula sejak 10 Disember hingga 12 Disember, 2021.Majlis Pra Pelancaran itu telah disempurnakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, selaku penaung program tersebut. 

Pada hari itu juga menyaksikan pertandingan permainan Zapin berkumpulan iaitu Tingkah Geruh, peringkat zon bagi mencari 16 peserta terbaik yang bakal mara ke peringkat Kebangsaan sebagai acara utama. Sebanyak 11 kumpulan telah berentap untuk mencapai mata pencapaian tertinggi. Antaranya Absari Dance Theatre, Sang Peningkah, Aida Syakirah Entertainment, Arts Talent Production Senior, Pa Ma, Rong Geng, Srikandi Tari,Beringin, Dansa Fusion Kuala Lumpur, Sesumpah, Akar Seni Malaysia.

Barisan juri berkaliber

Program anjuran Secretariat Malay World Cultural Paradise iaitu gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, Kerabu Media & Event Sdn Bhd dan C2Joy (M) Sdn ini seterusnya akan menjelajah ke 7 destinasi negeri pilihan iaitu Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang,Sarawak dan Kuala Lumpur. Acara yang bermula pada bulan Januari ini dan dijangka berakhir pada Jun 2022.

Matlamat siri jelajah ini adalah bertepatan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran peringkat global ke arah menjana pendapatan negara dan juga profession pilihan.

Di samping itu, sempena pra pelancaran tersebut, sebuah perjanjian persefahaman telah diadakan bersama Symphony Travel and Tour Sdn Bhd, AEON Mall, Persatuan Bumiputera Make up Artis Malaysia. 

(Visited 4,127 times, 1 visits today)

Back to top