GUARDIAN AGIH 15,000 BOTOL CECAIR PEMBASMI KUMAN MENERUSI KEMPEN ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’

Pandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan terutamanya golongan rentan dan yang memerlukan. Lantaran itu, Guardian telah memulakan satu kempen amal iaitu ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’

Di samping menyedari hakikat bahawa kita perlu menjaga diri kita (#KitaJagaKita) dan sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab secara sosial, Guardian Malaysia mengadakan kempen amal tersebut bagi melengkapkan golongan yang memerlukan dan pelanggan-pelanggan setianya dengan cecair pembasmi kuman – satu kemestian – agar kebersihan diri mereka dapat dikekalkan untuk kekal selamat. 

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata,“Kami menyedari betapa penting dan perlunya untuk memastikan tangan kekal bersih dalam usaha membasmi penyebaran Covid-19.

Selain daripada pelanggan-pelanggan setia kami, tiada golongan yang lebih rentan daripada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan, seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan. Kempen ini merupakan satu cara untuk membantu memastikan kedua-dua golongan tersebut dan para pelanggan kami memiliki cecair pembasmi kuman yang efektif untuk mencuci tangan mereka dan mengekalkan kebersihan.”

‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’

“Dikenali sebagai kempen ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’, kami akan mengagihkan 15,000 botol cecair pembasmi kuman tersebut kepada para pelanggan dan 14 buah rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia serta akan menggalakkan  pelanggan untuk turut terlibat dalam usaha amal ini,” tambah beliau.  

Untuk permulaan, Guardian Malaysia akan mengagihkan kira-kira 3,000 botol cecair pembasmi kuman ke beberapa organisasi amal terpilih bermula awal bulan Disember. 

“Bermula 16 Disember, kami akan memulakan inisiatif ini di stor-stor kami dimana pelanggan yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas dalam satu resit bakal menerima satu botol cecair pembasmi kuman percuma. 

“Mereka mempunyai pilihan untuk mendermakan botol cecair pembasmi kuman tersebut ke rumah atau organisasi kebajikan terpilih dalam negeri masing-masing dimana stor Guardian berada. 

“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengimbas kod QR pada poster kempen yang dipaparkan di stor tersebut dan menyerahkan botol itu semula kepada kakitangan kami yang kemudiannya akan mengumpulkan botol-botol tersebut untuk diedarkan ke organisasi amal yang telah dikenal pasti di negeri mereka. Kami telah memperuntukkan 12,000 botol cecair pembasmi kuman bagi tujuan ini,” jelas Anna.

Bermula 16 Disember – 20 Disember 2020

Kempen dalam stor akan berlangsung selama seminggu bermula 16 Disember sehingga 20 Disember 2020 atau sehingga kehabisan stok.

“Kami amat menggalakkan para pelanggan yang datang ke stor untuk turut serta dalam menjayakan usaha amal ini kerana inilah masanya untuk kita saling menjaga antara satu sama lain,” tambah Anna.

Berikut 14 rumah dan organisasi kebajikan yang telah dikenal pasti untuk menerima cecair pembasmi kuman adalah:

(Visited 2,343 times, 1 visits today)

Back to top