GUARDIAN LANCAR KAJI SELIDIK KESIHATAN KEBANGSAAN

Selaras dengan reputasinya selaku peneraju pakar kesihatan komuniti di Malaysia, Guardian sedang menjalankan satu kaji selidik dalam talian ‘Health of the Nation’ selama sebulan yang akan bermula pada 28 April 2022 dengan sebuah acara khas ‘Health of the Nation’ yang diadakan di Blue Atrium Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya.  

Menurut Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei, Guardian telah memulakan kaji selidik ini untuk memahami kesihatan semasa rakyat Malaysia dan dengan hasil daripada tinjauan tersebut. Guardian berharap ia dapat dimanfaatkan bagi menyokong pelanggan dengan aktiviti serta maklumat kesihatan yang relevan yang diperlukan oleh mereka.

“Kami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik ‘Health of the Nation’ Guardian yang boleh diakses menerusi platform media sosial dan digital Guardian termasuk Instagram dan laman Facebook Guardian,”jelas Angela.

“Acara atrium Guardian yang akan berlangsung pada 28 April hingga 1 Mei 2022, akan menampilkan 24 jenama yang mengambil bahagian dan pelbagai promosi istimewa seperti hadiah dengan pembelian untuk semua pengunjung dan hadiah istimewa untuk pelanggan yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini di acara Atrium.”

“Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Blue Atrium Sunway Pyramid hujung minggu ini dimana banyak aktiviti kesihatan menarik akan diadakan disamping 24 jenama yang turut serta.

“Mereka yang mengambil bahagian dalam permainan, aktiviti atrium, atau melengkapkan kaji selidik di atrium akan menerima satu kad tebusan untuk menebus satu hadiah misteri di kaunter bayaran dengan sebarang pembelian. Pelanggan yang membeli rangkaian penjagaan kulit kami bernilai RM120 akan menerima satu set mangkuk Jepun PERCUMA sementara stok masih ada. 

Dan pelanggan yang memuat turun aplikasi mudah alih Guardian ke telefon pintar mereka akan menerima kupon Guardian RM5.” tambah Angela.

Imbas kod QR ini untuk pautan kepada kaji selidik.

Nak tahu lebih lanjut ikuti:

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

#GuardianMYApp

#No1StoreMalaysia

(Visited 4,134 times, 1 visits today)

Back to top