GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-53 DENGAN STOR KONSEP BARU DI SURIA KLCC

Guardian

Tentu ramai yang suka membeli belah di stor Guardian? Dah singgah ke stor utama Guardian Malaysia di Suria KLCC?

Stor tersebut telah diberi wajah baru bagi mengukuhkan lagi posisinya sebagai destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan nombor satu di kota ini. Ia telah diubahsuai dan dilancarkan baru-baru ini sempena sambutan ulang tahun ke-53 Guardian di Malaysia.

Menurut Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty, Asia Tenggara, “Stor Guardian Suria KLCC sangat istimewa. Ia merupakan stor utama Guardian Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada jutaan pelanggan di pusat membeli-belah bertaraf dunia itu sejak 1998. 

Ia telah membangun menjadi stor nombor SATU kami dari segi jualan dan juga merupakan stor terbesar dalam rangkaian stor kami dan menetapkan standard stor Guardian di seluruh negara.” 

Stor Dengan Konsep Baru

 “Stor konsep baru ini mencerminkan sasaran Guardian untuk terus berkembang melangkaui jangkaan pelanggan. Sebagai peneraju dalam farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit, Guardian Malaysia telah memberi respon pantas kepada perubahan dengan tawaran ‘Nilai Terbaik’ setiap hari untuk barangan keperluan harian pelanggan kami dan membawakan trend Kecantikan & Jenama yang terkini dari seluruh dunia.”

Objektif utama kami adalah untuk mewujudkan amalan-amalan terbaik dalam industri peruncitan; menghubungkan pelanggan kami dengan produk dan membantu mereka memilih produk yang tepat dengan nilai yang hebat, sama ada  ia barangan farmasi, kesihatan atau kecantikan,” tambah beliau.

“Segar dan menarik, para pelanggan kami akan teruja apabila mendapati kebanyakan perubahan yang dilakukan pada stor adalah berdasarkan maklum balas yang mereka berikan. Sama pentingnya, produk yang ditawarkan juga dipilih dengan teliti agar menepati keperluan membeli-belah pelanggan,” jelas Soren lagi.

Pelanggan Pasti Teruja!

Pelbagai usaha telah dilakukan dalam pengubahsuaian pengalaman membeli-belah agar Guardian Suria KLCC sentiasa kekal sebagai destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan utama. 

Mengetuai lawatan di stor berkenaan, Mr. Lauridsen berkata, “Bermula dengan logo oren khas kami, persekitaran stor kami adalah cerminan tenaga yang lahir daripada kecantikan sihat. Semua kemasan dan lekapan telah direkabentuk untuk meningkatkan keterlihatan produk dan memberikan suasana membeli-belah yang lebih selesa, sama ada ia bahagian Korea atau Jepun. Setiap sudut padat dengan ciri menarik yang pasti membuat pelanggan teruja.” 

Antaranya ialah:

–      Teknologi umur kulit Eucerin iaitu DermaAnalyser yang membantu pelanggan memahami kulit mereka dengan lebih baik

–      Stor Maybelline – dipasang dengan Augmented Reality Filter yang menampilkan solekan maya dan alat solek dalam talian untuk membantu pelanggan mencari produk solekan terbaik. 

–      Bahagian khas untuk produk penjagaan kulit, kosmetik dan penjagaan rambut Korea dan Jepun.

–      Dinding Kundal yang mempamerkan jenama penjagaan rambut terkemuka Korea yang hanya boleh didapati di Guardian.

–      Perkhidmatan farmasi tersedia 7 hari seminggu di stor ini menawarkan  perhatian penuh kepada pelanggan – terutamanya untuk tujuan pengisian ubat, pemeriksaan dan perundingan kesihatan 

–      Bahagian Penjagaan Kesihatan yang diperluas merangkumi ruang khas untuk produk diabetes, mendidik pelanggan mengenai rancangan diet dan tip-tip pencegahan.

–      Rangkaian produk Own Brand Guardian yang pelbagai menawarkan kualiti dan nilai wang akan turut dipamerkan dengan jelas.

Peraduan Ulangtahun Fit & Fab

Bagi meraikan pencapaian ini dan Ulang Tahun ke-53 Guardian, Guardian Malaysia bakal melancarkan peraduan Sambutan Ulangtahun Fit & Fab. 

Banyak hadiah hebat menanti para pelanggan yang menyertai Cabaran #GuardianFITnFAB di TikTok yang mana akan berlangsung pada 16 Oktober sehingga 15 November. 

Pelbagai hadiah menarik, antaranya termasuk sebuah iPhone 11 Pro Max untuk pemenang utama, pengering rambut Dyson Supersonic untuk video Paling Kreatif, SONY PlayStation 4 untuk Video Paling Comel dan 8 hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM500 setiap seorang. 

Rebut Kotak Hadiah Ulang Tahun Guardian

Selain itu, di stor-stor terpilih dan dalam masa tertentu, setiap pelanggan pertama yang berbelanja minimum sebanyak RM53, akan menerima Kotak Hadiah Ulang Tahun Guardian bernilai RM153. Kotak-kotak ini mengandungi kejutan istimewa daripada penaja-penaja yang terlibat, BioEssence, L’oreal, Maybelline, Pantene, Sunsilk, Canmake dan Catrice. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Guardian Malaysia. 

Menurut Mr Lauridsen lagi, selain membuka beberapa stor konsep lagi di kawasan-kawasan utama, untuk memberi pelanggan akses yang lebih baik kepada rangkaian produk berkualiti yang komprehensif dengan harga yang kompetitif, mereka juga telah menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Korea, Jepun, Malaysia dan jenama-jenama antarabangsa lain agar permintaan pelanggan untuk barangan kecantikan sihat berkualiti dapat dipenuhi.

(Visited 1,543 times, 1 visits today)

Back to top