HABIB GROUP LANCARKAN PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTARABANGSA DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

HABIB Group yang menaungi jenama barang kemas tempatan terulung di Malaysia, HABIB (dahulu Habib Jewels), mula mengorak langkah dengan melancarkan Pameran Jenama Antarabangsa buat pertama kali yang menampilkan jenama-jenama dibawah naungan mereka di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022, sepanjang waktu operasi pusat membeli-belah tersebut.

Istimewanya pameran ini adalah jenama-jenama yang dipamerkan berada di satu lokasi sekaligus memberikan pengalaman yang baharu kepada penggemar barangan kemas dan perhiasan mewah untuk melihat pelbagai barangan berjenama termasuk aksesori, jam tangan, minyak wangi, skarf, cermin mata dan barangan kulit.

Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Kita hidup dalam masa paling hebat dalam sejarah di mana kadar jenayah dan kemiskinan adalah yang paling rendah setakat ini. Pada masa yang sama, pelbagai kemajuan telah dicapai termasuklah dari segi teknologi dan kesihatan. 

Selain itu, peniaga barangan kemas merupakan pencetus fesyen sesebuah negara dan Malaysia merupakan antara negara maju yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Oleh itu, bagi memenuhi permintaan masyarakat yang suka bergaya, kami bawakan jenama-jenama terbaik dunia dan menawarkan barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Dan, saya bangga untuk menyatakan bahawa jenama Malaysia kini setanding jenama antarabangsa dan pelanggan boleh mendapatkan semuanya di sini”.

Dato’ Sri Meer mengambil langkah ini sebagai satu usaha untuk mengembangkan potensi perniagaan yang lebih meluas dalam industri barang kemas dan fesyen. Antara jenama dipamerkan adalah HABIB, Hearts On Fire®, Stephen Webster, Korloff, Pandora, Tous dan Ice Watch.

Semenjak mula beroperasi pada tahun 1958, HABIB telah melalui banyak perubahan untuk menjadi sebuah jenama yang terkenal dengan menghasilkan produk berkelas dunia. Pameran ini juga menyaksikan satu pencapaian bagi HABIB sebagai sebuah jenama tempatan yang setanding dengan jenama antarabangsa.

KOLEKSI EKSKLUSIF

Acara kemuncak pada pelancaran ini adalah pertunjukan fesyen dari semua jenama di bawah naungan HABIB Group dengan menampilkan barisan peragawati yang mewakili negara asal jenama-jenama tersebut. Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan koleksi eksklusif yang terkenal daripada HABIB iaitu Oro Italia 916® serta barangan berlian dan batu permata.

Bermula sebagai sebuah jenama yang kecil, kini HABIB Group telah berkembang bukan sahaja menerusi jenama barangan tersendiri, tetapi reputasi HABIB yang dipercayai ini juga telah menyumbang kepada kerjasama dengan beberapa jenama terkenal antarabangsa sebagai pengedar eksklusif di seluruh Malaysia.

Sebagai peneraju kepada jenama barangan kemas tempatan, HABIB Group sentiasa ingin memberikan kelainan kepada peminatnya disamping menjaga kualiti barangan setiap jenama dengan harga yang mampu milik.

ANTARA KOLEKSI JENAMA NAUNGAN HABIB GROUP:

Bermula dengan perniagaan barangan kemas berlian dan batu permata, HABIB merupakan jenama tempatan yang mementingkan sentuhan warisan dalam setiap rekaan mereka. Jenama ini semakin dikenali ramai dengan rekaan baharu yang memenuhi cita rasa setiap lapisan generasi.

Koleksi-koleksi yang ditawarkan termasuk barangan kemas bertatahkan berlian, batu permata, mutiara, emas 916, Oro Italia 916® dan emas 999 untuk pelaburan seperti jongkong emas dan syiling wafer emas.

Korloff menawarkan pelbagai seleksi barang kemas, jam tangan mewah, wangian, ‘cufflink’ serta pen premium

KORLOFF

Jenama dari Paris ini telah berkolaborasi secara eksklusif dengan HABIB sejak awal tahun 2022. Keunikan Korloff yang terkenal dengan legenda batu berlian hitam yang menyimpan pelbagai kisah semenjak awal kurun ke-20 sehingga kini. Ia tidak hanya menawarkan pelbagai seleksi barangan kemas, malah mereka turut menawarkan koleksi jam tangan mewah, wangi-wangian eksklusif, ‘cufflink’ serta pen yang premium.

“Potongan Berlian Paling Sempurna Di Dunia”-Hearts On Fire

HEARTS ON FIRE®

Ia merupakan jenama antarabangsa dari Amerika Syarikat yang pertama untuk bernaung di bawah HABIB Group dan hanya boleh didapati di bilik pameran HABIB. Terkenal dengan slogan ‘Potongan Berlian Paling Sempurna Di Dunia’, setiap berlian yang hasilkan mempunyai kilauan yang memukau menerusi cara potongan berlian yang dihasilkan oleh teknik-teknik yang khas.

Stephen Webster menampilkan barang kemas kontemporari dari London

STEPHEN WEBSTER

Berinspirasikan artistik dan inovatif, jenama ini menawarkan barang kemas kontemporari dari London dengan cita rasa ketukangan tradisional yang unggul dan disegani dalam pertukangan British. Koleksi-koleksi jenama ini dihasilkan dengan sentuhan peribadi perekanya, Stephen Webster, menerusi pendekatan yang unik. Jenama ini juga hanya boleh didapati di bilik pameran HABIB di seluruh Malaysia.

Lebih 30 buah butik Pandora di Malaysia

PANDORA

Pandora lebih dikenali sebagai barangan kemas yang melambangkan ekspresi diri dan meraikan sesuatu peristiwa dalam kehidupan. Setiap charm yang direka mempunyai jalan penceritaan tersendiri kepada penggunanya menerusi gaya yang ditonjolkan. Kini, Pandora telah memiliki lebih 30 butik di Malaysia.

Tous turut menawarkan aksesori, minyak wangi, beg kulit dan skarf

TOUS

Jenama Sepanyol ini sudah bertapak lebih dari 50 negara dan mempunyai 700 butik serata dunia. Selain menawarkan barangan aksesori, jenama ini turut membawa barisan produk seperti minyak wangi, beg kulit, dan juga skarf. Setiap rekaan ini lebih menonjol kepada golongan muda yang menyukai tren yang terkini.

Jam tangan Ice Watch tampil dengan rekaan yang sangat ikonik

ICE WATCH

Ice Watch merupakan jenama jam tangan yang mempunyai rekaan sangat ikonik dengan warna yang terang dan menarik. Berasal dari Belgian, koleksi jam tangan ini amat terkenal dalam golongan kanak-kanak dan remaja. Malah, koleksi-koleksi terbaru mereka juga banyak menampilkan sisi lain jenama ini yang lebih menonjol kepada golongan lelaki dan wanita secara umum.

Koleksi Oro Italia 916 memberikan kelaianan buat pencinta emas

ORO ITALIA 916®

Membawa kepakaran dan teknologi dari Itali khusus untuk HABIB, koleksi ini telah memberikan kelainan kepada pencinta emas menerusi pelbagai warna termasuklah emas kuning, ros dan putih. Rekaan-rekaan ini mendapat sentuhan kemasan yang unik pada setiap satunya seperti ‘high-polish’, potongan berlian dan juga ‘Cataphoresis Lacquer’.

MENANGI HADIAH BERNILAI RM10,000

Sepanjang pameran ini berlangsung, para pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dengan menyertai peraduan media sosial yang diadakan. Buat mereka yang berada di kawasan yang jauh, boleh kunjungi bilik pameran HABIB yang berdekatan untuk mendapatkan koleksi terbaru. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB di @habibjewelsoffical

(Visited 4,926 times, 1 visits today)

Back to top