RAMAI ibu menyusu bayi keliru tentang makanan yang boleh dan tidak boleh mereka ambil. Hal ini kerana dikhuatiri bayi akan mengalami kolik atau kembung. Jadi, apakah makanan dan minuman yang ‘selamat’untuk anda ambil?
Anda sepatutunya boleh makan atau minum apa sahaja yang anda gemari sewaktu menyusukan bayi. Namun, anda perlu ketahui ‘sifat’ makanan tersebut dan reaksi yang diberikan oleh bayi anda sama ada dia mengalami kembung atau asyik menangis kerana tidak selesa.
Ibu menyusu bayi wajar Ikuti panduan berikut:
-
Susu dan produk tenusu yang diambil berpotensi menjadi punca kolik. Menurut kajian, keadaan bayi akan bertambah baik apabila ibu mengurangkan pengambilan susu atau produk tenusu seperti yogurt dan keju.
- Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol wajib dielakkan. Lebih selamat jika anda masak sendiri makanan anda bagi memastikan ia bebas daripada penggunaan wine dalam masakan dan sebagainya.
- Sayur-sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis dan kubis bunga. Anda boleh cuba makan sedikit dan lihat reaksi bayi anda. Jika dia mula mendapat kolik, hentikan pengambilan sayur jenis ini.
- Elakkan makan bawang mentah atau makan bawang pada kadar yang banyak. Hati-hati kerana bawang mentah terdapat dalam hidangan seperti burger, sandwic dan salad.
- Makanan berempah sebaik-baiknya dielakkan dahulu. Hal ini kerana makanan ini bersifat ‘panas’ dan boleh menyebabkan bayi tidak selesa. Jika teringin, ambillah sedikit dan lihat dulu reaksi bayi anda.
- Makanan dari sumber kekacang kerana makanan ini dikatakan ‘berangin’. Hati-hati kerana bawang mentah terdapat dalam hidangan seperti burger, sandwic dan salad.
- Buah seperti durian dan nangka juga dikatakan berangin. Kepada ibu menyusu bayi yang khuatir makanan ini boleh menjejaskan bayi anda, elakkan dulu makan makanan ini. Sebaik-baiknya jika teringin, anda boleh rasa sedikit tapi jangan teruskan jika bayi anda mula meragam.
Apa pun jenis makanan yang disebut di atas, kesan kepada bayi adalah pelbagai. Tidak semestinya semua di atas perlu dielakkan. Ada kemungkinan bayi anda alah pada makanan lain pula. Jadi, ibu menyusu bayi boleh melihat sendiri ‘sebab dan akibat’ sesuatu makanan itu dengan cuba mengambilnya secara berasingan dan lihat kesannya satu persatu.
Sebagai makluman, ibu menyusu bayi tidak perlu risau tentang kafein kerana menurut kajian, ia tidak menjejaskan bayi walau pun sedikit kafien akan menyerap masuk ke dalam susu badan.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]