Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kekurangan kalsium

KEKURANGAN KALSIUM UNDANG BAHAYA IBU MENGANDUNG DAN BAYI

Posted on 02/12/201702/12/2017 by 123mamanet

Kalsium merupakan salah satu unsur penting yang wajib ada dalam menu makanan ibu mengandung sepanjang kehamilan. Kekurangan kalsium boleh mengundang bahaya kepada ibu dan bayi.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA GANGGUAN KESIHATAN YANG BAKAL IBU MENGANDUNG HADAPI JIKA KEKURANGAN KALSIUM:
2 ANTARA TANDA-TANDA IBU MENGANDUNG MENGALAMI KEKURANGAN KALSIUM:

Kalsium sangat bermanfaat untuk pertumbuhan tulang janin. Jika pengambilan kalsium sepanjang masa kehamilan tidak mencukupi, janin akan mula mengambil kalsium dari tulang ibunya, sehingga membuatkan si ibu berisiko terkena osteoporosis.

Kalsium boleh didapati dari makanan yang dinikmati pada setiap hari. Antara makanan yang kaya dengan kalsium ialah produk susu, daging, sayur-sayuran hijau, ikan salmon, buah-buahan kering, kacang-kacangan, bijirin dan telur.

Bagi ibu mengandung yang vegetarian boleh memperoleh kalsium dari sumber kalsium non-haiwan atau suplemen kalsium.

Pada tempoh kehamilan, kalsium sangat diperlukan terutama di trimester kedua dan ketiga. Ini adalah kerana pada ketika ini janin mula berkembang dengan pesat berbanding sebelumnya.

Kepantasan pertambahan berat badan bayi juga akan meningkat. Jadi, tidak hairanlah apabila keperluan kalsum akan jadi lebih meningkat atau tinggi sepanjang tempoh kehamilan. Di samping itu, kalsium juga sangat berguna untuk pembentukan tulang dan gigi pada janin.

BACA: PEMAKANAN IBU HAMIL TRIMESTER PERTAMA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/pemakanan-ibu-hamil-trimester-pertama/” target=”_blank”]

 

kekurangan kalsium

BERIKUT BEBERAPA GANGGUAN KESIHATAN YANG BAKAL IBU MENGANDUNG HADAPI JIKA KEKURANGAN KALSIUM:

1.RISIKO OSTEOPOROSIS

Mana-mana ibu mengandung yang kurang mengambil makanan yang mengandungi kalisum secara perlahan-lahan janin akan mengambil kalsium dari tulang ibunya. Akibatnya tulang si ibu akan lebih mudah mengalami kerapuhan.

kekurangan kalsium

  1. KRAM SEWAKTU MENGANDUNG

Keadaan kram sewaktu mengandung kemungkinan disebabkan oleh kekurangan kalsium. Selain rendahnya kadar potassium dan tingginya kadar fosfor, serta bebanan kehamilan yang semakin besar menekan sistem saraf.

Untuk mengatasi kram kaki ini, kita boleh melakukan peregangan ringan pada kaki dengan cara menggerakkan telapak dan jari-jari kaki berulangkali ataupun merendamnya dengan air panas suam.

kekurangan kalsium

  1. PERTUMBUHAN TULANG JANIN TERGANGGU

Kekurangan kalsim sepanjang kehamilan juga boleh menyebabkan kelahiran bayi dengan keadaan tulang yang tidak normal atau rapuh.

Ini adalah kerana tahap kalsium yang tidak mencukupi selama perkembangan janin dalam kandungan.

kekurangan kalsium

 

  1. PERTUMBUHAN BAYI TIDAK SEMPURNA

Ternyata kekurangan kalsium sepanjang proses kehamilan juga memberikan pengaruh yang cukup besar pada perkembangan bayi pra matang. Bayi akan lambat belajar duduk dan merangkak.

Ada juga di antara bayi yang akan mengalami penyakit tulang yang berpotensi patah tulang.

kekurangan kalsium

 

ANTARA TANDA-TANDA IBU MENGANDUNG MENGALAMI KEKURANGAN KALSIUM:

  • Sakit pingang.
  • Otot lenguh dan sering mengalami kram.
  • Gigi nampak kekuningan.
  • Rambut lebih mudah gugur.
  • Sering sakit gigi atau gigi berlubang.
  • Sakit kepala.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Susah tidur pada malam hari (insomnia).
  • Sering berasa cemas, resah dan lebih sensitif.
  • Denyutan jantug menjadi lebih cepat (tidak menentu).

 

Ibu mengandung perlu menjaga pengambilan kalsium sepanjang tempoh kehamilan demi kesihatan dan perkembangan bayi. Selain itu, jangan lupa dapatkan rehat secukupnya dan lakukan pemeriksaan kandungan secara berkala.

 

Semoga artikel  bahaya kekurangan kalsium serta kepentingannya buat ibu mengandung ini bermanfaat.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme