KALAU KEMBUNG PERUT, SILA CUBA 6 CARA MUDAH INI!

Masalah kembung perut kerap terjadi terutama di kalangan mereka yang sudah berusia. Apakah cara yang bagus untuk mengatasinya. Baca sampai habis ya!

Perut kembung terjadi akibat saluran pencernaan dimasuki udara atau gas yang berlebihan sehingga menimbulkan rasa senak atau pedih hulu hati, perut membuncit dan menimbulkan rasa yang tidak selesa.

Biasanya masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan gangguan kesihatan seperti masuk angin,gastrik, sehingga kekurangan enzim.

Selain itu, penyebabnya juga boleh disebabkan pelbagai kebiasaan yang dianggap perkara biasa, seperti makan  sambil berbaring setelah makan, mengambil makanan pedas dan berlemak, makan terlalu cepat atau merokok.

Apakah cara terbaik untuk mengatasi kembung perut?

1. Kunyahlah Makanan Dengan Sempurna

Jangan kunyah makanan dengan cepat kerana ia boleh menyebabkan kemasukkan udara yang banyak ke dalam saluran pencernaan.

Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan, sampai hancur supaya dapat meringankan gerak kerja saluran pencernaan.

2. Elakkan Makanan Dan Minuman Bergas

Elakkan makanan yang mengandungi gas, seperti durian, petai,kobis bunga, kacang,kobis dan jering. 

Makanan berkarbonat juga perlu dihindari kerana ia akan memperburukkan lagi masalah itu.

3. Usah Tahan Kentut Atau Sendawa

Kentut dan sendawa dapat menghilangkan kelebihan gas yang ada di dalam perut. 

Jadi, kalau rasa nak kentut atau sendawa, jangan ditahan-tahan. Kerana keduanya merupakan cara semulajadi tubuh untuk meredakan kembung perut.

4. Tuam Perut

Bertungku atau tuam panas selama lebih kurang 15 minit dapat meredakan rasa senak yang disebabkan oleh masalah kembung perut.Suhu yang panas dapat membantu otot-otot perut menjadi lebih kendur dan relaks sehingga dapat mengurangkan rasa sakit perut. 

Secara tak langsung akan mengeluarkan kelebihan gas. Di samping itu, suhu panas juga dapat melebarkan pembuluh darah sehingga membantu melancarkan pengaliran darah yang membawa oksigen.

Beautiful young woman doing hip lifts on the floor.

5. Buat Senaman Ringan

Melakukan senaman ringan boleh membantu mengendurkan otot usus  serta melancarkan pengeluaran gas. Cara ini juga akan membantu pembuangan najis menjadi lebih lancar dan gas yang menyebabkan kembung perut akan ikut serta keluar sewaktu kita membuang air besar.

6. Janganlah Merokok!

Sila berhenti merokok! Jika anda merokok, anda patut tahu kebiasaan merokok akan membuatkan masalah tersebut menjadi bertambah parah.

Ketika menelan asap rokok, dala masa yang sama juga udara akan masuk ke dalam tubuh sehingga menambahkan lagi jumlah gas.

Semakin banyak udara dan asap masuk, semakin banyaklah gas yang akan berkumpul di dalam saluran pencernaan sehingga boleh menimbulkan masalah pada sistem pencernaan. Salah satunya ialah kembung perut.

Itulah beberapa cara anda patut tahu dan cuba praktik. Semoga bermanfaat!

Kredit Foto: Google

(Visited 2,692 times, 1 visits today)

Back to top