Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Kepentingan Keluarga Bahagia

Kepentingan Keluarga Bahagia Perlu Anda Tahu

Posted on 06/11/201606/11/2016 by 123mamanet

Kepentingan Keluarga BahagiaKepentingan Keluarga Bahagia memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Saat Ramadan dan menjelang Syawal merupakan waktu paling kritikal seseorang memerlukan keluarga.

Isi Kandungan hide
1 Peranan Ahli Keluarga Untuk Kepentingan Keluarga Bahagia

Hidup sebatang kara dan sepi tanpa kemeriahan menikmati juada istimewa merupakan saat paling menyedihkan. Hati pasti terasa sayu dan anak rantau tentu tidak sabar mahu pulang segera ke pangkuan keluarga.

Secara holistiknya, sebuah keluarga bahagia adalah lengkap dengan anggotanya iaitu datuk nenek, ibu bapa, anak menantu dan cucu cicit. Mereka pula semuanya bersatu dan saling hormat-menghormati. Mempunyai sebuah keluarga yang lengkap namun sering bertelingkah juga amat menyakitkan bagi anak-anak.

 

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik orang terhadap

keluarganya dan aku adalah sebaik-baik orang terhadap keluargaku.” Hadis riwayat

 

Peranan Ahli Keluarga Untuk Kepentingan Keluarga Bahagia

 

Ibu bapaKepentingan Keluarga Bahagia

Ibu bapa merupakan anggota yang paling utama dalam memberi peranan untuk membentuk keluarga bahagia. Anak-anak perlu diberikan didikan agama dan moral yg teguh.  Bahkan Albert Einstein sendiri pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Anak-anak perlu diajar agar dapat membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

 

Ibu bapa perlu memberikan asuhan yang baik sejak bayi dalam kandungan dan memberinya sepenuh kasih sayang. Anak-anak yang mendapat sepenuh kasih sayang dan perhatian ibu bapa, akan lebih kuat jati dirinya dan tidak mudah terjebak ke lembah hina.

 

Usah terlalu menyogok anak dengan kemewahan harta benda tanpa kasih sayang yang sejati. Cendikiawan Arab pernah menyatakan, anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah anak yatim.

 

Anak-anakKepentingan Keluarga Bahagia

Anak-anak perlu menghargai dan menghormati ibu bapa tidak kira siapa pun mereka. Bahkan mereka wajib menjaga ibu bapa mereka yang telah tua dan uzur. Itulah kewajipan paling penting buat anak-anak tidak kira apa pun status dan keadaan mereka.

 

Kata Syeikh Mustafa al-Golayani, “Kerjakan apa sahaja yang telah menjadi hal dan kewajipanmu kerana kebahagiaan hidupmu terletak di situ.”

 

Ibu bapa adalah pusat kebahagian anak-anak. Bohonglah jika ada anak-anak yang bahagia dengan membiarkan ibu bapanya menderita. Oleh itu, sebagai anak-anak yang soleh dan solehan, dampingi dan bahagiakanlah hati ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka.

 

Baca ini:

  • 6 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Sihat dan Cantik
  • 6 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan

 

5 nikmat keluarga bahagia

 

  1. Jodoh sampai syurga

Asas kepada kepentingan keluarga bahagia ialah anggotanya dapat mengecapi nikmat rumah tangga. Hubungan suami isteri yang mesra akan memastikan jodoh mereka sampai ke syurga. Perhubungan yang baik ini pastilah terhasil daripada didikan dan contoh yang baik daripada ibu bapa.

 

Dalam buku Manual Rumah Tangga, mencatatkan nasihat dua ibu kepada anak mereka:

Nasihat Ummu Iyaas:

Pertama: Pergaulilah suamimu dengan penuh redha

Kedua: Sentiasa memerhatikan, tekun mendengar ucapan suami dan taat kepadanya.

 

Nasihat Ummu Mu’ashirah

Pertama: Jadilah isteri yang baik bagi suamimu dan ibu bagi anak-anakmu.

Kedua: Ingatlah olehmu bahawa sedikit ucapan manis akan cukup membuat lelaki (suamimu) bahagia.

 

Kata pujangga, “Jadilah hambanya, nescaya dia menjadi hambamu. Jadilah seorang isteri hamba kepada suaminya, nescaya seorang suami dengan rela hati menjadi hambanya pula. Jadilah suami yang baik nescaya isteri mengikuti kebaikan kita.”

 

Begitulah caranya menyantuni suami dan isteri meskipun hidup ini terlalu banyak dugaannya khususnya tekanan permasalahan di tempat kerja atau di dalam rumah itu sendiri.

 

  1. Saling lengkap melengkapi

Pada suatu hari Syaidina Umar didatangi sepasang suami isteri. Isteri mengadu tentang penampilan suaminya yang kusut masai. Umar memanggil suami tadi lalu memerintahkannya segera mandi, menyisir rambut dan memotong kukunya. Setelah selesai, lelaki itu disuruh menemui isterinya kembali. Mula-mula isterinya berpaling tetapi akhirnya mahu kembali kepada suaminya dan menarik balik pengaduannya. Umar pun berkata, Berbuatlah yang baik untuk isteri. Demi Allah isteri-isteri kami ingin kamu berhias untuk mereka sebagaimana kamu menginginkan mereka berhias bagi kamu.

 

Tidak mungkin hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha menjaga keharmonian rumah tangga. Manakala yang sebelah lagi buat samborono. Hubungan yang bahagia datang daripada seluruh anggotanya.

 

  1. Rumah tangga berkat

Rumah yang sering dikunjungi anak cucu dan saudara mara adalah rumah yang sentiasa mendapat rahmat ALLAH. Inilah antara kepentingan keluarga bahagia yang perlu dijaga. Tutur kata dan kemesraan sesama ahli keluarga akan menjadikan orang lain senang dan suka mendampingi kita. Namun, janganlah jadikan kehadiran kita sebagai beban kepada ibu bapa. Pastikan kita membantu membersihkan rumah dan memenuhi keperluan ibu bapa bukan sebaliknya.

 

  1. Legasi dan keturunan kukuh

Keluarga yang sempurna dan tidak berpecah belah akan melahirkan legasi dan keturunan yang kukuh. Sekiranya semua ahli keluarga bersatu, maka mereka mampu merangka dan merangcang masa depan keluarga dengan lebih baik. Apatah lagi jika mereka memiliki harta kekayaan yang mampu membina empayar keluarga. Contohnya Jakel, Mydin, Habib dan banyak lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme