KETAGIH LAICI? NIKMATI MENU LAICI CRAZE YANG DIBAWA OLEH UNION ARTISAN COFFEE

Anda seorang penggemar laici? Union Artisan Coffee telah memperkenalkan menu baharu yang akan membuat anda menjilat jari. Menu Lychee  Craze baharu yang dibawakan oleh Union Artisan Coffee ini akan menaikkan selera makan anda melalui pilihan makanan mereka yang diberi sentuhan khas menggunakan laici.

Mengulas mengenai menu Lyhee Craze itu, Tham Lih Chung, pengasas dan pengarah urusan Union Artisan Coffee berkata “Union Artisan Coffee ditubuhkan dengan misi untuk menjadi sebuah kafe komuniti yang mengumpulkan masyarakat dari pelbagai kawasan kejiranan. Kami juga ingin mengeratkan hubungan masyarakat kejiranan melalui makanan yang enak dan kopi yang lazat.

Melalui menu yang unik serta lain daripada yang lain, kami sentiasa ingin membuat pelanggan kami berasa teruja. Inilah yang dimaksudkan dengan menu Lychee Craze, menggunakan kopi buatan kami sendiri digabungkan bersama makanan yang berkualiti premium untuk menaikkan selera anda.”

Black (Eyed) LyChee menggabungkan campuran kopi hitam dan juga laici

Menerajui siri menu Lychee Craze adalah Black (Eyed) LyChee. Ia menggabungkan campuran kopi hitam yang baru dibancuh bersama sedikit laici sesuai dengan anda yang menggemari minuman pahit manis yang ditambah dengan rasa buah-buahan.

Lychee Berry Toast menampilkan klasik ‘’french toast’’ dengan sentuhan krim laici

Bagi penggemar pencuci mulut, Lychee Berry Toast menampilkan klasik ‘’french toast’’ dengan sentuhan krim laici. Untuk melengkapkan hidangan ini, ia ditambah juga dengan kepingan laici segar dan strawberi yang dihidangkan bersama aiskrim vanila.

Zesty Seared Chicken Chop

Terdapat juga Zesty Seared Chicken Chop dengan kentang bakar bersama nenas karamel dan brokoli tumis ditambah dengan hirisan laici. Selain itu, Lychee Sweet & Sour Chicken Rice menampilkan kombinasi sempurna dengan keunikan ayam goreng rangup yang disaluti sos laici berperisa masam manis, dihidangkan bersama sesenduk nasi.

Lychee Sweet & Sour Chicken Rice

Untuk tarikan makanan lau ikan siakap dengan Lemon Lychee Beaurre Blanc yang memberi rasa pedas pada hidangan anda. Menu Lychee Craze dilengkapi dengan menu Prawn to be Wild, hidangan udang harimau goreng disalut dengan serbuk roti panko Jepun yang rangup yang dihidang bersama salad timun laici sebagai hidangan tambahan

Pan Seared Seabass with Lemon Lychee

Tambahkan Kegilaan Dengan Set “Union Happiness Box”

“Selaras dengan misi untuk terus menjalin hubungan yang baik dengan pelanggan kami, kami memperkenalkan set “Union Happiness Box” yang pastinya membuat mereka teruja. Boleh didapati sepanjang bulan Disember, set “Union Happiness Box” ini merupakan hadiah yang boleh dimenangi oleh pelanggan bertuah kami sekiranya mereka membeli dan menikmati menu Lychee Craze ini. Set Union Happiness Box ini menjadi simbolik semangat kami yang gila terhadap kopi dan makanan berkualiti tinggi.” tambah Tham.

Prawn to be Wild

Bernilai lebih daripada RM199, Union Happiness Box ini mengandungi biji kopi yang dipanggang dengan sempurna oleh Union Roastery. Set hadiah ini juga terdiri daripada cawan dan tumbler, beserta bag penapis kopi khas dari Union Artisan Coffee.

Untuk berpeluang memenangi set hadiah edisi terhad ini, pelanggan hanya perlu membeli salah satu menu Lychee Craze dan menghantar salinan resit mereka ke e-mel Union Artisan Coffee di unionchainmarketing@gmail.com berserta nama dan nombor telefon bimbit mereka.

Ditubuhkan pada 2018, Union Artisan Coffee menonjolkan konsep kafe komuniti yang memenuhi keperluan seharian terutamanya kepada komuniti setempat dan pekerja mereka. Dibangunkan dengan visi untuk menyemai rasa cinta dan pengetahuan tentang kopi yang enak, visi ini dicapai melalui penyediaan kopi yang bermula dari proses pamanggangan sehingga ke proses pembancuhan kopi untuk membawa pelanggan mereka merasai pengalaman kopi yang lazat.

Union Artisan Coffee kini boleh didapati di hampir 20 lokasi termasuk pusat beli belah 1 Mont Kiara, 1 Utama , Citta Mall, Quayside Mall dan banyak lagi.

Bermula hari ini sehingga 30 November, para penggemar laici boleh menikmati menu Lyche Craze ini dengan harga serendah RM27. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi https://www.facebook.com/unionartisancoffee/ 

(Visited 4,926 times, 1 visits today)

Back to top