Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kira kalori harian

KIRA KALORI HARIAN DENGAN MUDAH AGAR CEPAT KURUS

Posted on 02/04/201702/04/2017 by 123mamanet

Bagi mereka yang betul-betul hendak kurus, anda perlu tahu cara kira kalori harian. Apa itu kalori? Cara mudahnya kalori ialah keperluan tenaga anda seharian. Jika anda ambil kalori melebihi had keperluan anda, kalori itu tidak akan terbakar, sebaliknya menjadi lemak.

Isi Kandungan hide
1 UNTUK KIRA KALORI HARIAN, PERTAMA SEKALI ANDA PERLU TAHU ADALAH BMR IAITU BASAL METABOLIC RATE.
1.1 Apakah BMR?
1.2 Kaedah Pengiraan Keperluan Tenaga Harian
2 FORMULA MENGURUSKAN BADAN DENGAN CARA KIRA KALORI HARIAN
2.1 Apakah maksud DCR?

Bayangkan sebuah kenderaan memerlukan 2 liter minyak untuk sampai ke sebuah destanasi sejauh 50 kilometer. Jika anda mengisi tangki sebanyak 4 liter, bermakna ada lebihan 2 liter minyak yang masih tersimpan. Samalah seperti kalori yang anda ambil. Sebarang lebihan kalori akan tersimpan dalam badan dan bertukar menjadi lemak.

Baiklah, tujuan anda tahu cara kira kalori harian ni bukanlah untuk memeningkan kepala anda. Ia cuma untuk membudayakan anda ke arah pemakanan yang sihat dan betul.

BACA: CARA DIET SIHAT CEPAT TURUN BERAT BADAN

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

kira kalori harian

UNTUK KIRA KALORI HARIAN, PERTAMA SEKALI ANDA PERLU TAHU ADALAH BMR IAITU BASAL METABOLIC RATE.

Apakah BMR?

BMR adalah nilai keperluan kalori sehari yang diri anda perlukan apabila anda berada dalam keadaan rehat. Maknanya, nilai kalori yang anda perlukan supaya aktiviti asas diri anda berjalan normal sebagai contoh anda bernafas, berfikir, menghadam makanan, mengekalkan suhu badan dan sebagainya.

Sebagai contoh: Lelaki: Umur 26 tahun, berat 80 kg, ketinggian 162 sm maka nilai BMR adalah 1688kcal.

 

Kaedah Pengiraan Keperluan Tenaga Harian

Cara #1: Mifflin St. Jeor Formula

Lelaki

BMR = 10 x Berat (KG) + 6.25 x Tinggi (SM) – 5 x Umur (T) + 5

Perempuan

BMR = 10 x Berat (KG) + 6.25 x Tinggi (SM) – 5 x Umur (T) – 161

 

Cara #2: Menggunakan Quick Method

Ketahui ideal weight kita

Darabkan dengan 20 ke 25 kcal/KG Body Weight.

 

Contoh:-

Daniel – berat 95 KG, Tinggi 168 CM

Ideal Body Weight = 1.68 x 1.68 = 2.8

BMR 22 x 2.8           = 61.6 KG

Jadi, 61.6 KG x (20-25 kcal) = 1232 kcal – 1540 kcal

kira kalori harian

 

FORMULA MENGURUSKAN BADAN DENGAN CARA KIRA KALORI HARIAN

Untuk menurunkan berat badan, pengambilan kalori mestilah kurang dari DCR. Tetapi tidak boleh kurang dari BMR pula. Hal ini kerana jika kurang dari BMR maka metabolisma anda akan jatuh.

Apabila metabolisma jatuh, anda akan rasa letih, lesu dan tidak bertenaga.

Seeloknya, untuk menurunkan berat badan anda mestilah mengambil kalori kurang 500kcal dari nilai DCR. Manakala untuk meningkatkan berat badan, kalori yang diambil mestilah 500 kcal melebihi nilai DCR. Kalau kalori yang diambil lebih kurang DCR maka berat badan anda akan kekal seperti biasa.

 

 

Apakah maksud DCR?

Manakala DCR (Daily Calorie Requirement) pula adalah nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal.

DCR adalah seperti berikut:

-Kepada individu yang kurang senaman/tak senaman langsung/buat kerja pejabat = 1.2
-kepada yang aktif sikit2/senaman 1-3 kali seminggu = 1.375
-kepada yang aktif /senaman 3-5 kali seminggu = 1.55
-Kepada yang sangat aktif/senaman 6-7 kali seminggu = 1.725
-untuk yang terlampau dan teramat aktif/kerja dan senaman berat setiap hari/senaman 2 kali sehari = 1.9

 

Untuk Mengetahui Keperluan Kalori:

BMR x (Faktor Aktiviti Fizikal)

Banyak duduk = BMR x 1.0

Senaman Ringan = BMR x 1.1

Senaman Laju = BMR x 1.2

Senaman Terlalu berat = BMR x 1.3

kira kalori harian

NOTA: Untuk menurunkan berat badan, kita perlu menolak 20-30% daripada keperluan kalori harian. Selain BMR & DCR anda perlu tahu pula nilai kalori dalam makanan supaya anda boleh pilih makanan apa yang sesuai dengan keperluan kalori harian anda.

kira kalori harian

Dengan mengetahui cara kira kalori harian ini, anda akan lebih mudah mengawal pengambilan makanan anda agar tidak berlebihan. Makan hanya mengikut keperluan dan pada masa yang sama anda boleh kurus.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme