Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
lidah putih

LIDAH PUTIH PADA BAYI, SISA SUSU ATAU INFEKSI KULAT?

Posted on 02/03/201702/03/2017 by 123mamanet

Cubalah lihat permukaan lidah bayi anda, ada kesan putih-putih pada lidahnya? Biasanya lidah putih yang terdapat pada bayi disebabkan kerana bayi mempunyai milky coating iaitu sisa-sisa susu yang membentuk lapisan putih pada permukaan lidah.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA CARA YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI MENANGANI MASALAH LIDAH PUTIH PADA BAYI:

Milky coating lebih jelas kelihatan apabila bayi kita kerap meminum susu. Perkara ini adalah normal, tak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana lidah putih pada bayi bukanlah kulat.

Lapisan putih pada lidah bayi akan menghilang dengan sendirinya nanti apabila selalu dibersihkan. Cuma kita perlu alert jika kesan putih tersebut tidak hanya terdapat pada lidah, sebaliknya merebak ke bahagian lain.

Boleh jadi si comel kita terkena infeksi kulat. Trush atau infeksi kulat pada mulut terjadi kerana kesan-kesan putih menebal atau seperti berbulu.

BACA: CARA ATASI MASALAH BAYI SEMBELIT

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

lidah putih

Jika ia mengeluarkan bau yang tidak sedap, ia merupakan tanda lidah telah terkena infeksi kulat yang biasanya dipanggil candida albicans.  Jika terus dibiarkan, lidah akan berubah menjadi warna merah, pedih dan sukar untuk makan.

Kesan putih ini merebak ke selaput murkosa pipi dan rongga mulut bayi. Pada dasarnya infeksi pada lidah bayi ini terjadi kerana rongga mulut dan lidah bayi yang kurang terjaga kebersihannya.

Selain disebabkan timbulnya peradangan pada bahagian payudara si ibu yang sedang menyusui, ibu yang menyusui mengambil antibiotik setelah bersalin menyebabkan risiko lidah putih pada bayi semakin terbuka luas.

Di samping itu, kurangnya menjaga kebersihan dalam menyediakan botol susu yang kurang bersih atau kurang menjaga kebersihan tangan pada ibu yang sedang menyusukan bayi turut menyumbang kepada permasalahan ini.

lidah putih

BERIKUT BEBERAPA CARA YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI MENANGANI MASALAH LIDAH PUTIH PADA BAYI:

  1. BERSIHKAN LIDAH

Setelah menyusukan bayi, cuba bersihkan mulut dan juga lidahnya dengan menggunakan air suam.

Pastikan suhunya tidak terlalu panas dan melukai kulit bayi yang masih sensitif.Gunakan tuala kecil yang sudah disteril dengan air panas, kemudian bersihkan pada bahagian lidahnya yang putih tersebut dengan perlahan-lahan.

lidah putih

  1. RENDAM PUTING SUSU DALAM AIR PANAS

Jika si comel mengisap puting, pastikan puting tersebut sentiasa dalam keadaan bersih.

Jika tidak, kemungkinan bakteria dan kulit akan melekat dan masuk ke dalam mulut. Bersihkan puting dengan merendamnya ke dalam air panas sebelum diberikan pada bayi.

Begitu juga dengan puting botol susu, pastikan ia disteril terlebih dahulu dengan cara merebus ke dalam air selama lebih kurang 20 minit.

lidah putih

  1. BERI AIR MASAK

Jika bayi meminum susu formula dan berusia 6 bulan ke atas, jangan lupa membilasnya dengan air masak setelah menyusu.

Infeksi kulat pada lidah bayi ini boleh sembuh dengan sendirinya meskipun kita perlu menunggu dalam tempoh yang agak lama.

lidah putih

Namun, jika kita sukar untuk menghilangkan lidah putih tersebut, jadi adalah lebih baik jika kita membawa si comel ke doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme