Benarkah kanak-kanak yang lincah tak pernah kenal penat? Berapa ramai ibu bapa yang terpaksa melalui pengalaman traumatik semata-mata untuk memastikan anak-anak bersedia menjalani sesi persekolahan yang baru apabila mereka jelas keberatan dan enggan memberi kerjasama? Sebagai ibu bapa, pernah kah kita terfikir, mengapa anak-anak berkelakuan begini?
Sesi persekolahan yang baru boleh menjadi satu titik permulaan yang penting bagi kanak-kanak. Bagi sebahagian daripada mereka, ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah. Untuk yang lain pula, mereka perlu kembali ke sekolah selepas cuti yang panjang.
Di samping menyesuaikan diri dengan sesi pembelajaran dan tekanan meninggalkan keselesaan belaian ibu di rumah, hari anak-anak turut melibatkan aktiviti selepas waktu sekolah.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan ibu bapa di Malaysia turut berasa sedemikian. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa di Malaysia untuk memberi dorongan yang tidak berbelah-bahagi bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pengalaman pembelajaran yang holistik, dengan harapan anak-anak dapat mencapai kejayaan.
Dengan jadual sekolah yang padat kanak-kanak harus menghadiri kelas tuisyen, balet, biola dan berenang, ia bukanlah satu perkara yang luar biasa jika seorang kanak-kanak terpaksa keluar dari rumah pada awal pagi dan hanya pulang ke rumah lewat petang.
Dengan hari yang sibuk dan panjang ini, adakah ibu bapa sedar tentang kesannya kepada anak-anak mereka?
[btn text=”5 ALASAN KENAPA PERLU SARAPAN” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/sarapan-sihat-5-alasan-kenapa-perlu/” target=”_blank”]
Dengarlah luahan beberapa orang murid sekolah rendah tentang rasa penat mereka.
Lakhiesa Kanna, yang berusia 10 tahun ialah seorang atlet gimnastik dan bercita-cita untuk menjadi seorang pakar bedah.
“Saya mempunyai banyak aktiviti ekstra kurikulum seperti kelas biola dan nyanyian selepas waktu sekolah. Apabila saya sampai ke rumah, saya sudah berasa sangat penat.”
Setiap hari sepanjang minggu, termasuklah hari Sabtu, jadualnya begitu padat. Jadi, dia hanya berpeluang untuk berehat pada hari ahad. Apabila ditanya adakah dia pernah rasa berbeza, jawabnya, “Saya rasa lebih bertenaga jika saya mengambil sarapan yang mengenyangkan dan ia juga membolehkan saya untuk mempunyai hari yang lebih baik.”
Tariq Yaqub bin Ahmad Rezany, tujuh tahun, yang beralih dari tadika ke sekolah rendah nyata berada dalam satu persekitaran yang baru. Apabila ditanya tentang hari pertamanya di sekolah, dia berkata, “Saya sangat teruja untuk memulakan hari pertama di sekolah. Tetapi ia sangat panjang dan saya berasa sangat penat!”
Berada dalam darjah empat, Aryana Zara Binti Abdul Hakim menjelaskan, “Hari di sekolah sangat sibuk dan sentiasa membuatkan saya rasa begitu penat. Terutama jika saya terpaksa tergesa-gesa pada waktu pagi dan tidak mengambil sarapan. Tanpa sarapan yang berkhasiat, saya akan rasa ingin muntah jika melakukan senaman fizikal, selain berasa sangat lapar. Perut saya juga akan berbunyi!”
Sudah biasa dengan rutin sekolah rendah, Wan Ranea Qaleela bt Wan Muhd Fazli yang berusia lapan tahun memberitahu dia tidak sedar masa berlalu dengan pantas di antara tempoh persekolahan pada waktu pagi dan melakukan aktiviti selepas sekolah.
Ada masanya, dia terlepas mengambil sarapan, akibatnya, Wan Ranea berkata, “Tanpa sarapan, perut saya mula meragam dan saya tidak boleh fokus di dalam kelas.”
Wan Ranea mengambil biskut dan segelas minuman panas untuk sarapan pagi, adakalanya dia mengambil telur, roti, nugget atau sosej untuk memvariasikan hidangan sarapannya.
Rasa Penat kerana perlu melalui hari yang panjang di sekolah dan aktiviti selepas sekolah.
Tidak kira berapa umur mereka, perkara biasa yang dialami oleh kanak-kanak adalah rasa penat kerana perlu melalui hari yang panjang di sekolah dan aktiviti selepas sekolah.
Sebagai seorang ibu yang berpengalaman, Nurul Iliani Ahmad, Pakar Nutrisi Kanan Nestlé Malaysia Berhad berkongsi pendapat kenapa ramai kanak-kanak di Malaysia berasa penat, terutama ketika bermulanya sesi persekolahan yang baru.
“Sehari dalam kehidupan seorang kanak-kanak bukanlah mudah. Hari biasa mereka terdiri daripada lebih lapan jam untuk belajar dan aktiviti ekstra kurikulum. Bagi kanak-kanak, situasi ini memang sangat memenatkan.
Tambah beliau lagi, “Selepas cuti panjang yang membolehkan mereka bangun lewat dan mengambil pelbagai corak pemakanan, ibu bapa serta anak-anak mungkin terlupa tentang pentingnya bersarapan. Mereka perlu diingatkan supaya mengambil nutrisi yang betul bagi memulakan hari mereka. Ini bagi memastikan mereka mempunyai tenaga yang cukup sepanjang hari.”
Memetik laporan MyBreakfast Study yang merupakan kajian pertama dan paling komprehensif yang dijalankan oleh Persatuan Nutrisi Malaysia pada tahun 2015 mengenai tabiat bersarapan melibatkan 8,705 orang kanak-kanak, Iliani menyatakan bahawa 1 daripada 4 orang kanak-kanak tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya 3 kali setiap minggu.
Kajian menunjukkan tahap penglibatan aktiviti fizikal yang rendah adalah cukup ketara dalam kalangan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan, seterusnya menjejaskan prestasi harian mereka. Pada masa yang sama, kajian mendedahkan korelasi di antara mereka yang mengambil minuman bermalta dengan tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal yang lebih tinggi.
Dengan semua fakta ini, Iliani menyimpulkan bahawa, “Satu cara penting untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga adalah memulakan hari dengan sarapan seimbang yang merangkumi bijirin penuh, serat dan protein. Pengambilan sarapan yang berkhasiat bersama minuman malta seperti MILO® memberikan tenaga yang efisien dan pasti dapat membantu menyerlahkan prestasi mental dan fizikal anak-anak, supaya mereka boleh melakukan yang terbaik sepanjang hari. Mereka juga mungkin akan kurang merungut yang mereka berasa penat!”
Untuk lebih banyak tip dan idea mengenai sarapan, layari laman web: www.milo.com.my
[Ref: Jeukendrup, A.E.; Gleeson, M. Sport Nutrition: An Introduction to Energy Production and Performance; Human Kinetics: Leeds, UK, 2010; pp. 124-125]
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]