MARRYBROWN PERKENALKAN MENU S.O.S (SENSASI OHSEM SMOKEY) BBQ TERBAHARU!

S.O.S BBQ Marrybrown

Peminat Marrybrown kini boleh bersorak gembira. Marrybrown kini kembali memenuhi citarasa berjuta rakyat Malaysia dengan hidangan enak Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020!

Tawaran terbaharu Marrybrown ini dipenuhi dengan keseimbangan dan gabungan kelazatan rasa manis dan smoky yang sempurna dengan sajian charcoal burger dan drumettes yang empuk!

S.O.S BBQ Marrybrown
Harga bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola

Kita semua boleh menikmati hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown dengan tiga kombo berbeza. Menu baharu ini disediakan dengan pilihan S.O.S BBQ Burger combo meal atau S.O.S BBQ Drumette combo meal dimana kedua-dua pilihan ini dihidangkan besama Potato Wedges dan Onion Rings yang rangup. Untuk peminat yang inginkan pengalaman keseluruhan, kombo ketiga adalah pilihan terbaik! S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi S.O.S BBQ BurgerS.O.S BBQ Drumette,MB Crispy Chicken yang disukai ramai, dan Potato Wedges.

S.O.S BBQ Marrybrown

“Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”

S.O.S BBQ Marrybrown

“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi citarasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini mempunyai jutaan penggemar melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Harga bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola. 

(Visited 5,217 times, 1 visits today)

Back to top