RESEPI MEE SUP SABA PEDAS

Mee Sup

Sekali sekala dapat menikmati menu sup panas dengan ramuan serai dan daun ketumbar memang cukup menyelerakan.Apatah lagi, jika sup yang dihasilkan itu daripada air tangan sendiri. 

Bercakap tentang sup, kali ini 123mamanet berkongsi Resepi Mee Sup Saba Pedas, yang dibawakan oleh Ayam Brand.

Resepi sederhana ini tidak kurang hebat keenakannya. Tambahan pula, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasaknya cukup mudah.

Cuma, anda perlu menyediakan dua tin Ayam Brand Saba Mackerel Chili. Lepas tu, barulah boleh mencuba resepi ini.

Mee Sup Saba Pedas

Untuk 4 hidangan

Bahan-Bahan:

200g mee pilihan anda

1 tangkai serai

4 daun bawang, dihiris

8 daun ketumbar, dihiris

2 liter stok ikan

270 ml santan

2 tin Ayam Brand Saba Mackerel Chili

Mee Sup

Cara Penyediaan:

  1. Masak mi, tos kan air dan asingkan. 
  2. Potong bahagian bawah serai lebih kurang 10cm dan buang lebihan bahagian atas. 
  3. Rebus stok ikan dalam periuk yang besar dengan serai, daun bawang dan sos ikan sehingga mendidih.
  4. Masukkan mi, daun ketumbar, santan dan chili saba.
  5. Kecilkan api dan biarkan selama 2 minit. 
  6. Buang serai sebelum dihidang.

So, senang jer kan untuk menyediakan Mee Sup Saba Pedas ini.Selamat mencuba resepi ini dan semoga anda sesi keluarga menyukainya!

(Visited 3,690 times, 1 visits today)

Back to top