MEERACLE HADIAHKAN KERETA PORSCHE DAN MUSTANG UNTUK WAKIL JUALAN TERBAIK!

Wow! Betapa bertuahnya empunya diri apabila segala usaha dan penat lelah selama ini dihargai. Ia dibuktikan oleh MEERACLE, produk penjagaan kulit wajah yang mana telah menghadiahkan empat buah kereta mewah bernilai jutaan ringit  secara percuma kepada wakil jualan tertinggi produk tersebut sepanjang tahun lalu dan tahun 2021.

Menurut Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi MEERACLE, Bella Luna, MEERACLE sentiasa memberi penghargaan kepada semua wakil jualan yang telah membawa kejayaan produk ini sehingga ke  peringkat global.

“MEERACLE  tidak pernah lupa tulang belakang di sebalik kejayaan jenama ini. Pada tahun ini dengan berbesar hati MEERACLE telah menghadiahkan sebanyak empat buah “Sports Car”, bernilai jutaan ringgit buat mereka yang telah berusaha keras selama ini,” jelas beliau.

Bukan lagi mimpi! Kereta mewah Porsche 718 Cayman kini telah menjadi miliknya.
Usaha dan penat lelah Siti Azlina berbalas kejayaan.

Sebuah kereta Porsche 718 Cayman telah dibawa pulang oleh seorang wakil jualan MEERACLE yang mencatat prestasi sangat luar biasa pada tahun 2020 iaitu Puan Siti Azlina Mhd Halil.

Ford Mustang 5.0 GT berwarna grey ini milik seorang guru, Nazariah Mohd Shah

Manakala tiga buah Ford Mustang 5.0 GT dibawa pulang oleh wakil jualan MEERACLE yang menerima Anugerah Jualan 2021 iaitu Puan Masdiana Mohamadiah, Puan Nazariah Mohd Shah dan Puan Nurul Aini Mansor. 

Tanpa kenal erti putus asa, Masdiana berjaya memiliki
Ford Mustang 5.0 GT berwarna biru yang menjadi idamannya
Ford Mustang 5.0 GT berwarna oren ini berjaya dibawa pulang oleh Nurul Aini, dari Kedah

“Majlis penyerahan kunci kereta kepada stokis serta ejen-ejen mereka juga akan diadakan tidak lama lagi bersempena kempen ‘The Rising Star’. Di mana setiap level ejen yang telah menunjukan prestasi terbaik selama 7 bulan bermula dari September 2020 sehingga March 2021 akan menerima kereta Volkswagen baharu secara percuma daripada MEERACLE,” tambah beliau lagi.

Biarpun keadaan ekonomi tidak begitu memberangsangkan disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Namun, ia bukanlah penghalang untuk semua ejen dan stokis mencapai sasaran jualan, malah jualan mereka lebih tinggi ketika perintah kawalan pergerakkan dilaksanakan.

Radin Era menjadi pengacara majlis Anugerah Jualan MEERACLE 2021 yang berlangsung
di Sentul Depot,Sentul West

Justeru itu, MEERACLE sangat berbangga dengan pencapaian semua ejen dan stokis yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjana pendapatan bersama MEERACLE.

“Jadi usaha dan penat lelah mereka itu kami nilai dan hargai dengan menghadiahkan kereta sports mewah yang berjumlah jutaan ringgit ini. Anugerah ini adalah sebagai salah satu motivasi kepada mereka untuk terus bersemangat mengorak langkah untuk terus berjaya dan menjadi dengan MEERACLE,” beritahunya lagi.

Malah ia juga dianggap sebagai salah satu pembakar semangat kepada semua golongan wanita di luar sana untuk mengubah nasib mereka dan menjadi usahawan wanita yang berjaya.

Tahniah! Pengasas produk MEERACLE, Meera Nordin (dua dari kiri) berjaya menarik minat ramai wanita menggunakan MEERECLE serta membantu para wanita memulakan perniagaan yang berjaya.

Jenama MEERACLE mula diperkenalkan pada tahun 2015 iaitu ‘Gemstone Facial Serum’ yang juga dikenali sebagai “Hero” produk MEERACLE di mana ianya telah membantu golongan wanita mendapatkan kulit yang cantik dan sihat tanpa sebarang masalah.

Maklumat lanjut layari; www.meeracle.com.my

(Visited 3,124 times, 1 visits today)

Back to top