MISTER POTATO LANCARKAN PERISA EDISI TERHAD 2022 SEMPENA TAHUN BARU CINA

Bersiap sedia untuk menikmati perisa yang mengujakan sempena musim perayaan ini dengan pelancaran kerepek kentang edisi terhad serba baharu daripada Mister Potato. 

Jenama kegemaran ramai ini melancarkan 2 perisa kerepek kentang cita rasa Asia setiap tahun menjelang sambutan Tahun Baru Cina dan perisa edisi terhad istimewa sempena tahun 2022 ialah Ayam Oren dan Udang Kara Pedas, yang dilancarkan dalam kempen “Hari-hari Mau Chic-Ka-Boom”. 

Sebagai sajian ala Asia yang terkenal, resipi Ayam Oren kini dihasilkan dalam kerepek kentang dengan perisa penuh kelazatan ayam dengan oren manis untuk memberi rasa yang menyegarkan kepada pengguna. Bagi perisa Udang Kara Pedas, yang digelar “naga laut” dalam Bahasa Cina, pula membawakan perisa makanan laut pedas yang digemari rakyat Malaysia. 

“Perisa baharu kami mengiktiraf semangat dan makna di sebalik resipi asal, sebab itulah kami memperkenalkan kerepek kentang ini turut dihidangkan sebagai sebahagian daripada bahan sajian yee sang. Dalam dialek Cina, limau mandarin disebut ‘kam’ yang membawa maksud ‘emas’ dan dipercayai membawa kekayaan manakala udang kara melambangkan kekuatan dan kemakmuran,” kata Pierre Pang, Pengarah Eksekutif Kumpulan MAMEE-Double Decker. 

“Kedua-dua perisa dijual dalam 150g kanister (balang silinder), dan sempena Tahun Baru Cina 2022, kami juga bekerjasama dengan Kumpulan Tai Thong menghasilkan set kotak yee sang edisi terhad. Versi khas ini boleh didapati menerusi laman web Runcit on Call dan juga MAMEE Official Store di Shopee dan Lazada,” tambah beliau. “Kami yakin bahawa seperti pelancaran kami yang terdahulu, perisa baharu ini akan menambat selera pengguna Malaysia dan kami jangka akan mendapat sambutan hangat untuk kedua-dua  perisa ini.” 

Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips, dan Mister Potato Crisps. Mister Potato Crisps diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol. Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister, paket dan kotak. Pilihan perisa yang disediakan termasuk: 

•          Mister Potato Crisps – Asli, Pedas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu;

•          Mister Potato Chips – Asli, Pedas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu; 

•          Mister Potato Syok Wave Chips – Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood; 

•          Mister Potato Crunch – Garam Himalaya, Krim Masam dan Bawang, dan Keju. 

Mister Potato perisa Ayam Oren dan Mister Potato perisa Udang Kara Pedas boleh didapati dalam kanister 150g (RM4.60) di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee. 

Perisa edisi terhad ini juga boleh didapati dalam bentuk set hadiah bernilai RM48.88 setiap satu. Set Yee Sang Tahun Baru Cina Mister Potato X Tai Thong boleh dipesan menerusi MAMEE Official Store di Lazada (https://bit.ly/3eyGyag) dan Shopee (https://bit.ly/3EETyFU) atau menerusi laman web Runcit on Call di https://bit.ly/3eWfmCM. 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mister Potato Chips, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau menghantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, menghantar e-mel ke careline@mamee.com.my atau layari visit https://mamee.com/

Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial jenama di Facebook (www.facebook.com/misterpotatocrisps/) dan Instagram (www.instagram.com/misterpotato_my/)

(Visited 4,589 times, 1 visits today)

Back to top