Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
orang yang sabar

Mudahnya Menjadi Orang Yang Sabar. Wajib Cuba Cara Ini!

Posted on 01/20/201701/20/2017 by 123mamanet

Biarpun menjadi orang yang sabar tidak mudah, tetapi sabar merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan kita.

Isi Kandungan hide
1 Cubalah beberapa tip yang boleh melatih diri kita menjadi orang yang sabar.

 

Dengan menjadi orang yang sabar, kita boleh menjalinkan hubungan yang lebih baik lagi dengan keluarga,teman-teman, rakan sekerja serta orang-orang di sekeliling kita.

 

Cuba bayangkan jika kita terpaksa berhadapan dengan orang yang kurang sabar. Semuanya nak cepat dan tepat, pantang terlambat atau tersalah sikit mulalah nak melenting! Sah-sahlah kita pasti kita akan berasa kesal dan menyampah dengan orang-orang yang kurang sabar ni.

[btn text=”UNTUK HIDUP GEMBIRA DAN LEBIH BERMAKNA, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/hidup-gembira-dan-lebih-bermakna/” target=”_blank”]

 

orang yang sabar

 

Sabar itu boleh dilatih dan ada cara mudah. Jadi, jika selama ini kita adalah orang yang kurang sabar dan cepat melenting, tetapi kita ada keinginan untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik lagi, memang tak ada masalah. Pasti boleh punya!

 

Lagipun kesabaran adalah salah satu kunci menuju kebahagiaan hidup.Tapi, kena ingat prinsip ini bukan sekadar untuk difahami, tetapi perlu diterapkan!

orang yang sabar

Cubalah beberapa tip yang boleh melatih diri kita menjadi orang yang sabar.

 

1.Belajar Dari Mereka Yang Penyabar

Kita biasanya mempunya kecenderungan untuk mencontohi orang lain, termasuklah bab sikap positif yang dimiliknya. Carilah seseorang yang hidupnya boleh membuatkan kita mencontohi akan kesabaran yang dimilikinya.

 

Mungkin ada di antara kawan-kawan kita yang mungkin kurang bernasib baik dalam kehidupannya. Namun, dia tetap tabah dan selalu bersyukur serta  tidak pernah mengeluh.

orang yang sabar

 

  1. Jadi Proaktif, Bukan Reaktif

Reaktif bermakna bertindak-balas terhadap segala sesuatu dengan pantas. Misalnya, ketika kita sedang bershopping di sebuah kompleks membeli belah.

 

Kebetulan suasananya agak sesak, tiba-tiba secara tidak sengaja seseorang  telah terpijak kaki kita. Pada ketika itu kita terus membalas dengan rasa marah dan tidak puas hati.

 

Begitu juga apabila kita mendengar kata-kata yang kurang menyenangkan atau menyakitkan hati, waktu itu juga kita akan terus marah.

 

Berbeza dengan reaktif, proaktif adalah sebaliknya pula, yang mana kita menunda untuk bertindak-balas. Misalnya, ketika kita melihat sebuah masalah. Kita tidak akan terburu-buru menghukum.

 

Kita perlu memberikan masa untuk bertindak-balas dengan cara berfikir sejenak dan mencari punca atau penyebabnya. Itulah cara orang yang proaktif bertindak.

orang yang sabar

 

  1. Bezakan Sesuatu Perkara: Penting Dan Tidak Penting

Dalam kehidupan ini ada banyak perkara yang mengajar kita untuk tetap sabar. Namun, ada juga yang membuatkan kita tidak mampu untuk bersabar dan perlu marah serta bersikap lebih tegas.

 

Misalnya ketika ada orang yang menyakiti hati atau memburuk-burukan pasangan kita. Padahal pasangan kita tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi dikutuk habis-habisan.

 

Di sinilah betapa pentingnya kita membezakan hal yang penting dan tidak penting untuk marah. Misalnya ketika di laman sosial ada yang menghina idola kesayangan kita dengan bahasa yang kasar.

 

Jadi, tak perlulah kita berekasi berlebihan. Membalas balik kata-kata tersebut dengan bahasa yang lebih pedas dan menyakitkan hati.

 

Apa yang sebaiknya kita lakukan adalah bersabar atau menjadi orang yang sabar dan mengingatkan orang tersebut supaya menggunakan bahasa yang lebih sopan.

 

orang yang sabar

 

  1. Belajar Untuk Tenang Dan Relaks

Belajar menahan dan mengawal kemarahan memang tidak mudah. Ketika kita sudah bersuaha untuk bersabar dna masih belum berjaya sepenuhnya, cubalah untuk diam seketika.

 

Tarik nafas dalam-dalam, dan hembuskan. Ulangkan beberapa kali sehingga kita berasa lebih tenang. Selain itu, salah satu cara yang paling berkesan untuk kita menjadi manusia yang lebih sabar lagi.

orang yang sabar

 

Jika selama ini kita berasa sangat jauh dari Tuhan, cubalah untk meningkatkan kesedaran diri kita terhadap- Nya. Dengan mendekatkan diri pada-Nya, kita akan berasa lebih tenang dalam bertindak, dan sikap kurang sabar kita itu akan berkurangan dengan sendirinya.

 

Setiap orang mempunyai kesempatan dan peluang untuk menjadi manusia yang lebih baik. Selagi kita punya keinginan untuk berubah, sudah pasti ada jalan untuk kita memperbaiki diri.  Selamat berjaya menjadi orang yang sabar! Insya-Allah.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme