Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
mulut berbau

Mulut Berbau Ketika Berpuasa – Ini Puncanya!

Posted on 03/13/202403/15/2024 by 123mamanet

Tentu ada di antara kita berhadapan dengan masalah mulut berbau pada saat berpuasa nie.Berpuasa dan munculnya bau mulut atau nafas berbau seakan tidak dapat dipisahkan. Dalam dunia perubatan, masalah ini disebut ‘halitosis’. Selalunya punca mulut berbau terjadi disebabkan kekeringan mulut selama berpuasa. Tanpa makan dan minum, kelenjar ludah tidak mengeluarkan air liur dalam jumlah yang mencukupi supaya dapat menjaga pernafasan agar tetap segar.

Isi Kandungan hide
1 Punca Mulut Berbau
1.1 Makanan
1.2 Banyak Minum Air Masak & Makan Makanan Berserat
1.3 Menggosok Gigi
1.4 Minum Teh Hijau
2 Tips Cegah Bau Mulut Ketika Berpuasa

Punca Mulut Berbau

Mulut berbau sebenarnya adalah sesuatu yang normal bagi orang yang sedang berpuasa. Selain merehatkan organ-organ tubuh, ketika berpuasa juga terjadinya proses pembersihan dan pelepasan racun dari dalam tubuh. Sebenarnya pembuangan racun atau detoks ini turut berlaku ketika kita tidak berpuasa, cuma pada masa berpuasa ia menjadi lebih meningkat dan menyeluruh.

mulut berbau

Makanan

Pengambilan makanan seperti bawang mentah, petai, jering, durian dan telur boleh menyebabkan mulut berbau busuk. Kandungan makana tersebut diserap ke dalam aliran darah ketika proses penghadaman.

Di dalam paru-paru, secara tidak langsung terus dipindahkan ke udara yang kemudiannya dihembuskan melalui hidung. Bau mulut yang sebabkan oleh makanan mungkin akan bertahan sehingga 72 jam.

Banyak Minum Air Masak & Makan Makanan Berserat

 

Makanan

Ketika besahur, perbanyakkanlah minum air masak dan ambillah makanan yang mengandungi banyak serat. Selain membersihkan bahagian rongga mulut, air masak juga membantu meningkatkan pengeluar air liur sehingga mulut dan gigi terjaga kebersihannya.

Manakala pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak mengandungi serat berfungsi sebagai pembersih mulut dan perut. Keadaan perut yang tidak sihat akan menimbulkan gas yang mengundang kehadiran bau mulut.

Baca Juga: Khasiat Luar Biasa Peria Katak 

 

berus gigi

Menggosok Gigi

Jangan lupa untuk menggosok gigi dan permukaan lidah secara rutin dua kali sehari setelah anda menikmati sahur dan malam sebelum tidur. Ini adalah kerana kekurangan pengeluaran air liur ketika berpuasa, ubat gigi biasa tidak mencukupi untuk menjaga kesegaran gigi dan mulut.

Berkumur dapat membantu membersihkan mulut. Ketika mengambil air sembahyang, berkumurlah dengan cara yang betul untuk membersihkan segala kotoran dan bakteria yang ada di dalam mulut serta menjadi puncanya.

teh hijau

Minum Teh Hijau

Anda boleh mengatasi masalah ini dengan minum teh hijau ketika berbuka dan bersahur. Teh hijau dikatakan dapat mengatasi punca mulut berbau kerana ia mengandungi zat aktif iaitu ‘catechin’ yang dikatakan mampu membunuh bakteria di mulut, menghapuskan gula dari plak serta menghilangkan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Selain itu, anda juga boleh minum teh bunga lavender yang boleh membunuh bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.

Baca Juga: Lobak Putih Bagus Untuk Sihat & Cantik

Tips Cegah Bau Mulut Ketika Berpuasa

Menjaga Hidrasi

Pastikan anda minum air yang mencukupi ketika berbuka dan sahur untuk mengelakkan mulut menjadi kering yang boleh menyebabkan bau mulut.

Berkumur-kumur

Kumur-kumur dengan air garam atau larutan antiseptik selepas sahur untuk membantu membunuh bakteria dalam mulut yang menyebabkan bau.

Penjagaan Gigi yang Baik

Berus gigi selepas sahur dan berbuka dengan betul, dan pastikan anda memberus lidah juga untuk menghapuskan bakteria penyebab bau.

Kunyah Gula-Gula Getah Bebas Gula

Mengunyah gula-gula getah bebas gula selepas berbuka boleh merangsang penghasilan air liur dan menghalang mulut daripada menjadi kering.

Hindari Makanan Berbau Kuat

Elakkan makanan berbau kuat seperti bawang dan bawang putih yang boleh menyebabkan bau mulut yang tidak enak.

Kayu Sugi

Anda boleh menggunakan miswak (kayu pencuci mulut tradisional) untuk membersihkan lidah dan mulut.

Pilih Buah-buahan Segar

Buah-buahan segar seperti epal, pear dan tembikai boleh membantu membersihkan mulut dan menyeimbangkan pH mulut.

Jaga Kesihatan Gigi dan Gusi

Pastikan anda menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan berjumpa doktor gigi secara berkala.

Elakkan Merokok

Jika anda perokok, cuba elakkan merokok sepanjang waktu berpuasa untuk mengurangkan bau mulut.

Perhatikan Menu Makanan

Pilih makanan yang seimbang dan hindari makanan berlemak berlebihan atau terlalu pedas yang boleh menyebabkan bau mulut.

Menjaga kebersihan mulut sangat penting  terutamanya semasa menjalankan ibadah puasa. Semoga tips ini membantu anda mengatasi masalah mulut berbau ketika berpuasa.

Kredit Foto: Sumber Google

1 thought on “Mulut Berbau Ketika Berpuasa – Ini Puncanya!”

  1. Pingback: Belisimo Energy Booster Rahsia Kekuatan Semulajadi Di Bulan Puasa - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme