Munchy’s Perkenalkan #JuaraSambutJuara

Jenama biskut nombor satu, Munchy’s memperkenalkan individu-individu penuh inspirasi melalui #JuaraSambutJuara

Baru-baru ini Munchy’ telah mengadakan satu kempen media sosial selama dua minggu untuk mengenalpasti dan menganugerahi hero-hero harian negara.

Sebagai pilihan popular dan “Juara” di kalangan rakyat Malaysia, Munchy’s nekad mencari lain-lain “Juara” di kalangan rakyat yang banyak membantu dan menyumbang kepada komuniti menerusi kempen #JuaraSambutJuara.

Kempen #JuaraSambut Juara

Pencalonan diterima dari seluruh pelusuk negara dan mengenengahkan pelbagai individu berserta certia-cerita mereka yang berkisarkan kecekalan dan kesungguhan dalam membantu orang lain.

Lima individu dengan cerita paling menarik telah dipilih untuk menerima anugerah khas dari Munchy’s di atas bakti mereka.

Sheila Tukiman (Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Iman Kuala Lumpur), Raja Noora Kamil (ahli filantropis), Hasan Al-Akraa (pengasas Al-Hasan Volunteering Network), Radhika Divya & Charis Wong (pengasas-pengasas of #MYDeliveryHeroes) dan Shahrul Nizam Kamal (ahli perniagaan dan pengarah kerja amal) masing-masing telah diberikan penghargaan khas dari Munchy’s – merealisasikan apa-apa keinginan buat diri mereka. 

Memang tidak menghairankan apabila kesemuanya menggunakan peluang ini untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan, tanda nyata keikhlasan mereka dalam kerja kebajikan.

Mereka juga telah diberikan peluang memilih mana-mana badan amal untuk menerima bekalan barang runcit dan juga produk-produk Munchy’s.

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Encik Rodney Wong berkata, “Sebagai satu jenama Malaysia, kami senantiasa menitikberatkan kepentingan berhubung dengan komuniti-komuniti sekeliling. Kami aktif menghasilkan peluang-peluang untuk beramal samada dengan program jangka masa panjang atau pemberian derma dan bantuan secara taktikal. Dengan memperkenalkan individu-individu ini dan sumbangan mereka melalui #JuaraSambutJuara, kami berharap ia tidak sahaja memberi mereka platform untuk menerima lebih sokongan tetapi juga dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti pengayaan masyarakat.”

Munchy's #juarasambutjuara

“Biscuit Brand of the Year” 

Munchy’s memperoleh kejayaan yang besar apabila dianugerahi “Biscuit Brand of the Year” di World Branding awards 2019-2020 sekaligus memantapkan kehadirannya di persada antarabangsa yang setakat ini zahir di lebih 50 negara seluruh dunia. 

World Branding Awards mengiktiraf jenama-jenama terbesar dunia bagi kerja dan pencapaian mereka dan berdedikasi dalam memperhebatkan standard penjenamaan.

Produk-produk Munchy’s dijual di hypermarket, pasaraya terkemuka dan kedai runcit seluruh negara.

(Visited 2,120 times, 1 visits today)

Back to top