NIKMATI HIDANGAN LAZAT ‘FLAMING KOLI’ DI THE CHICKEN RICE SHOP

Dah try menikmati menu eksklusif Deepavali ? Hidangan yang mengembalikan kenangan istimewa buat peminat The Chicken Rice Shop!

Bagi yang belum mencubanya, ayuh kita menyambut perayaan cahaya dengan hidangan istimewa yang pedas, enak serta diperkayakan dengan rempah ratus yang menambahkan aroma di The Chicken Rice Shop (TCRS).

Menu Deepavali yang menambat hati mulai 21 September 2020  hingga 15 November 2020.

Bahang Sambutan Deepavali

Semarak sambutan Deepavali kian terasa di TCRS dengan tawaran Flaming Koli yang lazat, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. 

Berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia – cuba sekali, pasti nak lagi!

Menurut June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd, walaupun ada di antara kita yang mungkin tidak mempunyai masa untuk memasak, namun kita masih menginginkan keenakan masakan rumah terutamanya waktu musim perayaan.

“Deepavali adalah masa untuk memberi dan berkongsi bersama yang tersayang. Perayaan ini melambangkan kegembiraan dan oleh itu, TCRS tidak sabar untuk meraikan perayaan ini dengan menyediakan hidangan khas Deepavali untuk dinikmati semua,” ujar June.

“Kami faham yang ia mungkin agak mencabar untuk mendapatkan sukatan rempah ratus yang tepat untuk menghasilkan masakan India yang lazat, oleh itu kami berusaha untuk memudahkan orang ramai untuk menikmati menu istimewa ini dengan selesa dan mudah. Kami harap hidangan ini akan meningkatkan selera para peminat sambil membangkitkan kenangan indah buat semua.”

Hidangan Penuh Aroma Lazat

TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai.

“Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami setiap masa. Ini merupakan janji kami untuk semua dan kali ini, kami kembali untuk menyinari perayaan cahaya dengan hidangan yang tidak dapat dilupakan.”

“Sebagai jenama anak Malaysia, kami sentiasa bersedia untuk menghidangkan sesuatu yang unik bagi rakyat Malaysia. Pelbagai lagi promosi yang boleh dinantikan dan kami harap anda akan terus memberi sokongan,” kata June.

Nak tahu lebih lanjut tentang menu Deepavali atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, jenguk www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

(Visited 3,048 times, 1 visits today)

Back to top