NIKMATI KESEDAPAN AYAM GANGJEONG, SENTUHAN INSPIRASI KOREA DARI MARRYBROWN

Annyeonghaseyo Malaysia! Jom kita nikmati Ayam Gangjeong, sentuhan inspirasi Korea dari Marrybrown. 

Seiring dengan tagline something different selama 40 tahun, sekali lagi Marry Brown ingin membawa rakyat Malaysia alami dunia fenomena Korea dengan penangan makanannya yang pasti memenuhi citarasa anda.

Sejak penubuhannya, Marrybrown bertekad memastikan untuk terus menyajikan makanan lazat dan memikat citarasa rakyat tempatan.Dalam melangkah ke dekad baru, Marrybrown bersyukur kerana penggemar yang sememangnya best; masih mempercayai dan tetap menyokong. 

Kini Marrybrown sekali lagi memutuskan untuk membawa rakyat Malaysia mengikuti pengembaraan gastronomi ini ke seluruh dunia.

“Pencapaian kali ini adalah satu rahmat buat kami, terutamanya dalam menghadapi situasi yang tidak menentu. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah menjadikan makanan kami ini sebahagian daripada memori indah buat mereka,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Walaupun kita harus menjalani norma baharu, kami tahu kebanyakan rakyat Malaysia sedang kancheong untuk melancong ke luar negara sambil menikmati makanan budaya lain. 

Apa-apapun wahai rakyat Malaysia, jangan Gangjeong! Kita pasti akan mendapat peluang tersebut lagi. Untuk itu, biarlah kami yang membawa kegembiraan kepada anda dengan memperkenalkan makanan daripada pelbagai pelusuk dunia yang anda rindu atau tidak pernah anda alami,” beritahu Dato’ Joshua lagi.

“Jadi, kita mulakan dulu dengan budaya yang kini mendapat tempat di hati dan disukai rakyat Malaysia, iaitu Ayam Gangjeong Korea daripada Marrybrown,” jelas beliau lagi.

Anda pasti tertawan dengan kesedapan rasanya.Disaluti dengan gabungan mantap sos pedas kemanisan. Penggemar Marrybrown boleh memilih untuk menikmati sama ada dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong yang bermula dengan harga RM 17.90. 

Anda juga boleh menikmati burger yang dihidangkan dengan charcoal bun iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM 15.90. Semua kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli. 

Bagi mereka yang mahu menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong Burger, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat. Set kombo ini dilengkapkan dengan Burger Gangjeong dan dua ketul Ayam Gangjeong, juga termasuk segelas Coca-Cola® Rasa Asli dan Potato Wedges, yang berharga RM 25.80. 

Rasanya “tidak lengkap tiada nasi”, jadi tawaran terbaru Marrybrown rice bowlsangat sesuai untuk anda yang suka makan nasi. Bermula dengan harga RM 11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam. 

 “Dengan berkonsepkan mengelilingi dunia, harapan kami agar penggemar dapat menikmati hidangan di perhentian pertama ini. Selepas ini akan ada lebih banyak lagi tawaran khususnya menu-menu khas dari seluruh dunia yang pastinya akan kami sajikan  kepada anda  di sepanjang tahun ini,” terang Dato’ Joshua tanpa berselindung.

Marrybrown kini mempunyai berjuta pengikut pelanggan, yang kini mempunyai lebih daripada 500 restoran yang terdapat di 16 buah negara dengan berobjektifkan pencapaian standard kualiti juga perkhidmatan, kebersihan serta nilai yang terbaik untuk pengalaman menu makanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my

(Visited 4,127 times, 1 visits today)

Back to top