Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
nilai diri

Nilai diri dan 5 sebab kenapa kita perlu ada!

Posted on 09/09/201609/09/2016 by 123mamanet
nilai diri
Kredit foto: iq-intel

ADA yang bekerja semata-mata kerana matlamat peribadi dan ada pula yang bekerja tanpa matlamat peribadi. Sebaik-baiknya perlu seimbang. Nilai diri dipertingkatkan selaras dengan nilai prestasi. Usah menjadi individu yang semakin tinggi kedudukan semakin rendah pula nilai peribadinya.

Isi Kandungan hide
1 5 sebab kenapa kita perlu ada nilai diri

 

 

Bermula hari pertama kita diterima bekerja, fikirkanlah sebarang kemungkinan yang bakal timbul kerana syarikat itu bukan milik bapa kita. Oleh itu, berpijaklah di bumi nyata. Banyak sebab yang memungkinkan kita hilang pekerjaan kita. Mungkin masalah ekonomi, pengurusan, peribadi dan sebagainya.

 

Usah tanamkan di hati kita bahawa kita akan bernaung di situ selamanya seumpama kita bernaung di rumah ibu bapa kita. Kita perlu nilai diri kita!

 

nilai diri
Kredit foto: huffingtonpost

5 sebab kenapa kita perlu ada nilai diri

  1. Matlamat peribadi

Di samping kita berkhidmat untuk meningkatkan prestasi syarikat dan prestasi pejawatan kita, matlamat peribadi jangan diabaikan. Persiapkan diri dengan pengetahuan dan pendapatan ekstra.

 

Kita perlu mencari BONUS untuk diri kita sendiri. Misalnya menulis skrip, novel, audit, akaun, memasak, menjahit, bisnes online dan 1001 macam pendapatan yang tidak menjejaskan kerja utama kita.

 

  1. Perasaan bukan perasan

Ramai yang terbuai-buai perasaan dengan kerusi empuk, bilik berhawa dingin atau kereta mewah yang diberikan majikan hingga mereka berasakan bahawa diri mereka sebahagian daripada pemegang saham syarikat.

 

Malah, mereka langsung tidak belajar apa-apa atau tidak bersedia. Apabila ditarik segala kelebihan akan melentinglah dan meraung kerana malu pada rakan dan orang bawahan.  Ingatlah kawal perasaan kita agar tidak sering perasan.

 

  1. Mengampu tidak ke mana

Pendapat pekerja kita permainkan. Perkara yang patut sampai ke atas kita pusing jadi lain maksudnya. Hingga masalah tidak selesai tetapi berlarutan kepada masalah lain pula. Berhentilah daripada menjadi ‘nujum pak belalang’. Sampai bila ‘adu domba’ kita boleh laku?

 

Kita tidak pernah rasa bersalah kerana kita selesa, kita senyap kerana bimbang kehilangan “gaji tinggi dan pangkat” serta lebih gemar mengampu. Mungkin sebenarnya kita tidak sedar bahawa doa mereka yang teraniaya itu selalu diterima. Tepuk dada, tanya nilai diri kita!

 

  1. Dunia belum kiamat

Jika diri tidak diperlukan di tempat kerja, bukan bererti hari sudah kiamat. Berhenti, dipecat, bersara awal atau bersara wajib sekadar penyebab kerana yang pasti kita perlu berdikari. Nama pun bekerja makan gaji. Bersedialah untuk berhenti secara terhormat.

 

  1. Salah mereka benar

Ya mungkin kita sering bercanggah pendapat. Namun, apa pun tanggapan kita kepada majikan, ‘salah mereka tetap benar’ (dalam konteks syarikat itu milik mereka). Jadi, usah pertikaikan. Sudah takdir setakat itu sahaja rezeki kita bersama mereka.

 

Move on dan berjalanlah dalam mimpi kita sendiri. Sudah-sudahlah asyik menyusup dalam mimpi kejayaan orang lain. Susah payah kita, beranilah tanggung sendiri. Tidak selamanya kita boleh jadi kera yang disusukan.

 

Ayuh, kuatkan tekad. Bumi ALLAH luas terbentang. Usah menyalak bukit kerana bukit takkan runtuh tetapi tekak kita yang akan sakit. Kita ada maruah. Jangan biarkan maruah kita dipijak-pijak hanya kerana mempertahankan harta dunia.

 

Kita datang ke dunia ini tanpa seurat benang. Kita tak pernah minta ALLAH kereta atau rumah mewah. Kita kembali pun nanti hanya dengan kain putih, tidak dengan kesenangan dunia. It’s ok kalau kita jatuh. Bangkit dan bertatihlah semula.

 

Lupakan tentang kegemilangan ‘kerja’  lama kita, mulakan hidup baru. Berterima kasihlah di atas segala ilmu dan pengetahuan yang kita peroleh di syarikat lama. Tanpa semalam, tidak ada hari ini. Tanpa mereka, kita belum tentu sampai ke sini.

 

Sekali lagi! Tepuk dada, tanya nilai diri kita!

 

Petikan e-book: Berani berjaya tulisan Liza Ali

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme