Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
sulaman benang

Panduan sulaman benang buat mama

Posted on 07/09/201607/09/2016 by 123mamanet

sulaman benangSULAMAN benang bukan sahaja satu hobi tetapi boleh menjadi sumber pendapatan bagi mama yang ingin bekerja dari rumah. Mamanet telah berkenalan dengan seorang wanita yang menjadikan sulaman benang sebagai punca rezekinya. 

Isi Kandungan hide
1 Apakah kepentingan jarum baru dan jarum lama kepada sulaman benang kita?

Wanita yang bernama Azuriyah Mohamad ini turut berkongsi panduan mengenai sulaman benang di dalam blognya iaitu azuriyahmohamad.blogspot.my. Ikuti perkongsian Azuriyah mengenai jarum lama vs jarum baru:
“Jika dilihat dengan mata kasar, kedua jarum tanpa label (gambar 1) tidak akan dapat dibezakan yang mana jarum baru dan yang mana jarum lama.

 

Apakah kepentingan jarum baru dan jarum lama kepada sulaman benang kita?

 

Seperti yang kita sedia maklum, jarum baru bermaksud, jarum itu adalah tajam, namun, perlulah diketahui, kadangkala, jarum baru tidak semestinya tajam.

 

Bagaimanakah boleh kita mengenal pasti jarum baru yang tajam ini?

sulaman benang

 

Berpandukan pengalaman, jarum baru yang tajam, jika kita sentuh di hujung mata jarum (gambar label 2), kita akan merasai kesan seperti kulit kita seolah-olah tertarik (‘skin pickup effect‘) bila kita cuba merasai hujung mata jarum tersebut(‘needle tip’).
Cuba kalian rasakan sendiri, namun haruslah dilakukan secara berhati-hati ya dek kerana jarum baru yang memang bersifat sangat tajam.

 

Yang kedua, kita juga harus melihat sama ada jarum baru yang tajam itu berkedudukan selari serta tegak dan tidak senget (‘slanted‘) kerana kecacatan jarum ini boleh merosakkan kain dan mesin sulam, dengan mengakibatkan jarum patah ketika jarum menembusi kain lalu tersekat di celahan gigi mesin sulaman benang.

itu bagi yang berpengalaman melihat dan merasai jarum mesin jahit dan dapat membezakannya.

Bagi kalian yang baru berkenalan, untuk mengetahui sama ada jarum itu adalah tajam atau tidak, selalunya dinasihatkan agar mencuba menjahit sedikit pada kain yang agak sensitif serta bertekstur licin seperti satin.
Jika kain tersebut berkedut atau tertarik ketika jarum menembusi kain, ini bermakna, jarum itu sebenarnya tidaklah begitu tajam.

Semakin lama kita menyulam, jarum ini akan menjadi semakin tumpul. Ketika ini, walau jarum masih dalam keadaan baik serta tidak patah, seharusnya kalian sudah mula menukar jarum tersebut.

 

Selalunya kita dinasihatkan untuk menukar jarum bagi setiap 8,000 ke 10,000 mata jahitan (‘stitches‘) bergantung artikel sulaman. Ini bagi menjaga mutu hasilan sulaman benang yang dilakukan.

 

Percaya atau tidak, jika kalian perhatikan, mutu jahitan sulaman adalah berbeza ketika mula menyulam dengan jarum yang baru berbanding yang terakhir sebelum kalian menukar jarum.
Kadangkala kita dapat melihat terdapatnya lubang-lubang halus jarum pada artikel yang disulam dek kerana kehausan mata jarum.
Kadangkala pula, di tengah-tengah proses sulaman berlangsung, tiba-tiba kalian dapati benang putih gelendung mula muncul di permukaan atas artikel sulaman.

 

Kenapa benang putih gelendungan muncul ketika sebelum ini baik-baik sahaja?
Salah satu sebabnya adalah mata jarum telah haus dan tusukan jarum menjadi tidak tepat serta berlaku sedikit serpihan geseran di mata jarum lalu mengakibatkan benang gelendung tertarik lalu terikut jarum untuk naik ke permukaan sulaman.

 

Selain daripada yang tertulis di atas, bagi seorang penyulam yang telah lama berkecimpung dalam aktiviti sulaman benang, bunyi tusukan jarum ke kain juga boleh menjadi satu garis panduan untuk menukar jarum.

Jika pada permulaan penggunaan jarum, bunyi tusukan itu lembut, namun sejajar kehausan mata jarum, bunyi tusukan ini juga akan semakin kuat dek kerana hujung mata jarum tidak lagi meruncing seperti asal malahan sebaliknya telah bertukar menjadi semakin bulat.
Bila ini terjadi, lubang tusukan akan semakin ketara dan sulaman terhasil akan semakin kurang tepat dan kurang jitu.

sulaman benang

Suka untuk menasihati. Jika kalian gemar menyulam pada fabrik seperti felt atau denim atau ‘PVC’, seharusnya kalian menukar jarum terlebih dahulu sebelum kalian memulakan sulaman pada fabrik yang lebih nipis.
Ini kerana fabrik di atas adalah bersifat tebal dan cepat boleh menghauskan struktur mata jarum.

 

Sampai sini dahulu, di lain entri, kita bersambung pada topik baru.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit panduan bagi kalian yang baru menceburi bidang ini.

 

Dipetik dengan izin dari azuriyahmohamad.blogspot.my (Teks: AZURIYAH MOHAMAD) 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme