Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
penyebab menorrhagia

Penyebab Menorrhagia. Jangan Pandang Mudah!

Posted on 01/09/201701/10/2017 by 123mamanet

Apakah punca atau penyebab menorrhagia? Tak tahu? Sebagai wanita, anda wajib tahu! Jadi, baca artikel ini sampai habis.

Isi Kandungan hide
1 Apa penyebab menorrhagia?
2 Pentingnya Melakukan Pemeriksaan Doktor Bagi Mengatasi Menorrhagia!

 

Ketika anda menyedari gangguan haid atau menstruasi seperti pengeluaran darah berlebihan setiap bulan, anda perlu cepat-cepat mendapatkan pemeriksaan ke doktor. Khususnya bagi individu yang sudah berusia 18 tahun ke atas ataupun wanita yang telah memasuki masa menopaus.

 

Ramai di kalangan wanita mengalami masalah sewaktu sedang datang bulan atau menstruasi.

 

Gangguan tersebut timbul kerana kitaran haid melibatkan hormon penting dalam tubuh. Salah satu keluhan yang sering dialami wanita adalah aliran darah haid yang berlebihan. Dalam istilah perubatan keadaan ini dikenali sebagai menorrhagia. Apa penyebab menorrhagia?

 

penyebab menorrhagia

 

[btn text=”KETAHUI TANDA HAID NAK DATANG, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/tanda-tanda-period/” target=”_blank”]

 

Biasanya, ketika datang bulan pengidap menorrhagia perlu berkali-kali menukar tuala wanitanya. Malahan dalam sehari  boleh menghabiskan enam hingga tujuh tuala wanitanya.

 

Ia disebabkan pengaliran darah haid yang banyak atau lebih dari normal iatu 80 ml.

 

Jika tidak ditangani secara serius, menorrhagia dapat menyebabkan gangguan menstruasi dan menyebabkan pengumpulan darah dan rasa sakit di daerah perut bahagian bawah. Tubuh menjadi lemah sepanjang menstruasi.

 

Apa penyebab menorrhagia?

  1. penyebab menorrhagiaKetidak Seimbangan Hormon

Kitaran haid yang normal terjadi kerana keseimbangan hormon estrogen dan progesteron.

 

Kedua-dua hormon ini berperanan mengatur pembentukan selaput lendir rahim yang akan gugur setiap kali menstruasi. Jika kadar kedua-kedua hormon tersebut tidak seimbang, selaput lendir yang gugur menjadi berlebihan sehingga darah menstruasi yang keluar lebih banyak.

 

Biasanya, gejala ketidakseimbangan hormon ini sering dialami oleh remaja yang baru mengalami menstruasi pertama.

 

 

  1. penyebab menorrhagiaUterine Fibroid

Kewujudan tumor atau kanser jinak ini boleh menyebabkan perdarahan menstruasi yang cukup banyak dan lama.

 

Kes tumor jinak yang disertai dengan ketidakseimbangan hormon merupakan penyebab terjadinya 80% kes darah menstruasi yang berlebihan.

 

 

  1. Polip

Polip di rahim juga boleh menjadi penyebab menorrhagia. Pengaruh produksi hormon yang berlebihan, kemudiannya boleh menyebabkan perdarahan yang tidak ada kaitannya dengan menstruasi.

 

 

  1. Kanser Ovari

Gangguan fungsi ovulasi pada ovari juga boleh menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan hormon yang kemudian menyebabkan darah menstruasi yang berlebihan.

 

 

  1. Adenomyosis

Adenomyosis adalah gangguan yang terjadi di dinding rahim yang menyebabkan perdarahan serta sakit yang sangat kuat sewaktu menstruasi. Biasanya gangguan ini menyerang kaum wanita yang berusia dan masih belum memiliki anak.

 

 

  1. Pemakaian Alat Perancang Kehamilan

Pemakaian alat kontrasepsi dalam rahim adakalanya boleh menjadi penyebab pengaliran darah menstruasi berlebihan.

 

 

  1. penyebab menorrhagiaKanser Rahim

Kanser rahim dan mulut rahim juga merupakan penyebab darah menstruasi yang berlebihan.

 

 

 

 

 

 

 

  1. Pengambilan Ubat-Ubat Tertentu

Ubat-ubatan tertentu, terutama yang digunakan untuk mencegah pembekuan darah serta ubat anti radang boleh menjadi penyebab menorrhagia atau menstruasi yang berlebihan.

 

Pentingnya Melakukan  Pemeriksaan Doktor Bagi Mengatasi Menorrhagia!

Ketika anda menyedari gangguan menstruasi seperti pengeluaran darah yang berlebihan setiap bulan, anda perlu cepat-cepat membuat pemeriksaan ke doktor.

 

Khususnya bagi individu yang sudah berusia 18 tahun ke atas ataupun perempuan yang telah memasuki masa menopause.

 

Doktor biasanya akan melakukan pemeriksaan-pemeriksaan, seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsi rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi serta beberapa pemeriksaan lain.

 

Setelah memperoleh keputusan wujudnya menorrhagia serta mengesan penyebab menorrhagia, barulah doktor melakukan rawatan perubatan selanjutnya.

 

Misalnya dengan memberikan suplemen zat besi dan ubat- ubatan bagi mengurang kekejangan serta menghalang pengaliran darah secara berlebihan.

 

Selain itu doktor juga boleh memberikan kamu pengambilan ubat oral untuk mengatur kesuburan anda yang terganggu serta mengurangkan perdarahan yang berlebihan.

 

Pemberian hormon progesteron juga turut membantu mengatasi masalah ini. Namun, jika terapi tersebut tidak berhasil, akan dilakukan cara-cara lain seperti pembedahan dan sebagainya.

 

Untuk perawatan sendiri di rumah, anda yang mengalami gangguan ini sebaiknya lebih banyak berehat. Elak mengambil aspirin kerana ubat tersebut bakal memburukkan lagi keadaan.

 

Jangan lupa untuk mengganti pembalut tuala wanita  secara teratur.Paling minimum, setiap empat hingga lapan jam sekali.

 

Semoga artikel penyebab menorrhagia ini bermanfaat untuk semua.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme