Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu

Persidangan Sekolah Amanah Membina Masa Depan Pendidikan Yang Cerah

Posted on 10/31/202310/31/2023 by 123mamanet

Sejak pelancarannya pada tahun 2010, Program Sekolah Amanah yang dikelola oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan AMIR telah membawa perubahan positif kepada sekolah, guru, murid dan komuniti setempat di seluruh negara dalam usaha pembaharuan pendidikan di Malaysia.

Isi Kandungan hide
1 Inisiatif Penting
2 Persidangan Sekolah Amanah
3 Agenda Menarik & Forum Bermanfaat
4 Tentang Yayasan AMIR
5 Latar Belakang Sekolah Amanah

Sekolah Amanah

Inisiatif Penting

Program Sekolah Amanah adalah inisiatif penting yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan dan membentuk generasi muda yang lebih cemerlang dan berdaya saing. Untuk memastikan impak positif program ini dikongsi bersama, sebuah Persidangan Sekolah Amanah selama dua hari telah diadakan baru-baru ini bagi memberi ruang untuk berkongsi maklumat, kejayaan dan kesan positif yang telah dicapai melalui program ini.

Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah
Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda
Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AMIR

Persidangan Sekolah Amanah

Majlis pembukaan persidangan dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, serta Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AMIR.

Dalam majlis ini, kecemerlangan dan bakat murid-murid Sekolah Amanah telah dipersembahkan termasukkan dari SMK Lundu, Sarawak.Pengalaman mereka yang terlibat dalam Program Sekolah Amanah selama 12 tahun turut dikongsi dalam sesi ‘Suara Kami’.Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang kejayaan program ini, satu tayangan video bertajuk ‘Sebelum & Selepas’ Program Sekolah Amanah juga telah ditayangkan kepada para hadirin.

Selain itu, para peserta juga berpeluang melawat tapak pameran yang memberikan maklumat lebih lanjut mengenai pencapaian, hasil inovasi dan sumbangan guru serta murid dalam program ini.

Yayasan AMIR

Agenda Menarik & Forum Bermanfaat

Persidangan selama dua hari ini penuh dengan agenda menarik dan sesi-sesi forum bermanfaat. Ini termasuk Sesi Perkongsian Pengajaran dan pandangan masa hadapan mengenai Program Sekolah Amanah, Forum 1 yang membincangkan perjalanan untuk persediaan masa depan dan Sesi Perkongsian 2 yang bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran dan membantu generasi yang mungkin ketinggalan dek arus pembangunan dan teknologi.

Hari kedua persidangan menampilkan perkongsian oleh Prof. Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Wai dari USM tentang penyelidikan berasaskan penglibatan komuniti serta Sesi Perkongsian Inovasi dengan tajuk ‘Digital Wow!’ oleh Cikgu Shahril Bin Othman dari SK Sri Samudera, Perak.

Murid-murid dari SJKT Vivekenanda juga berpeluang untuk berkongsi pandangan mereka tentang bagaimana membentuk dan mendorong pendidikan untuk persekitaran yang lebih lestari. Ini adalah penting untuk memastikan generasi masa depan memahami isu-isu alam sekitar yang menjadi satu topik penting pada masa ini.

Pada persidangan tersebut juga, para peserta dapat mengikuti Forum Pendidikan yang dianggap sebagai “Spotlight”, membincangkan topik ‘Transformasi Pendidikan: Arah untuk Maju ke Hadapan’ di mana ahli-ahli panelnya adalah terdiri daripada Puan Juliana (Ketua, Program & Pembangunan, Yayasan Putera Sampoerna, Indonesia), Puan Azlina Binti Kamal (United Nation Children’s Fund – UNICEF), Encik Edmond Yap (Tupai.ai) dan Dr. Nor Saidatul Rajeah Zamzam Amin (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (‘EPRD’) dengan moderator; Dato’ Dr. Mehander Singh Nahar Singh, Member, National Education Advisory Council (NEAC). Ia membincangkan langkah seterusnya dalam perubahan pendidikan dan memberikan tumpuan kepada perjalanan transformasi pendidikan serta langkah yang akan diambil pada masa akan datang.

Melalui Program Sekolah Amanah, Malaysia berusaha untuk membentuk masa depan pendidikan yang lebih baik dan persidangan ini adalah platform penting dalam usaha ini. Semoga usaha ini akan terus memberikan impak positif kepada sistem pendidikan negara.

Baca Juga: 

Hati-Hati Dengan Penipuan E-Dagang

 

Tentang Yayasan AMIR

Yayasan AMIR (“YA”) diperbadankan oleh Khazanah Nasional Berhad pada 26 Oktober 2010 sebagai yayasan yang tidak berasaskan keuntungan, untuk memacu Program Sekolah Amanah melalui Pergabungan Awam-Swasta atau Public-Private Partnership (“PPP”) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”).

Matlamat YA adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah, menambah baik proses pembelajaran dan pengajaran, meningkatkan kecemerlangan guru, meningkatkan pembangunan modal insan melalui kecemerlangan pendidikan yang lebih holistik ke arah kemenjadian murid.

Konsep Modal Insan turut diterapkan bagi melahirkan pelajar murid yang kompeten di peringkat global di sepanjang susur-galur dan ekosistem pembelajaran dengan mempamerkan kualiti, integriti dan nilai jati diri yang teguh.

YA menghargai aspirasi KPM, yang mana turut merupakan visi YA di dalam melahirkan pemimpin yang dilengkapi pengetahuan, kemahiran, dan kreativiti di samping keperibadian terpuji bagi mencapai potensi penuh murid dan dengan demikian membantu Malaysia menggalas kejayaan di peringkat ekonomi global.

Dalam usaha ke arah impian sebegini, adalah diakui justeru perlunya kepimpinan dari seluruh warga sama ada guru, pelajar, atau ahli komuniti sokongan bagi memacu cabaran demi mewarisi pembangunan sahsiah dan ilmiah.

Latar Belakang Sekolah Amanah

Program Sekolah Amanah adalah satu usahasama dengan rakan kongsi swasta yang bertujuan untuk mewujudkan model transformasi sekolah yang boleh dijadikan contoh di seluruh negara sebagai wawasan jangka panjang yang strategik.

Sekolah Amanah merupakan sekolah awam (sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan) yang diurus secara usahasama antara pihak swasta (penaja) dan KPM.

Setakat hari ini, sebanyak 94 buah sekolah telah terpilih menyertai program ini. Ianya merangkumi 57 sekolah rendah dan 37 sekolah menengah daripada semua tahap prestasi dengan tujuan menghasilkan peningkatan secara mampan tanpa mengira titik permulaannya.

Ini sejajar dengan visi YA yang ingin menggalakkan kecemerlangan dalam sistem sekolah melalui penambahbaikan kurikulum dan cara penyampaian pelajaran, pengurusan sekolah, menyediakan bantuan teknikal dan kewangan khusus bagi mewujudkan rangkaian sekolah bersepadu dan mampan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan AMIR, anda boleh melawat laman web mereka di www.yayasanamir.org.my atau ikuti mereka di media sosial: Yayasan AMIR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme