PESTA HARI KRISMAS DI THE HOLIDAY VILLA HOTEL & CONFERENCE CENTRE SUBANG

Pesta Hari Krismas yang berlangsung di The Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang pada hari ini telah meninggalkan satu kenangan manis buat para tetamu. Walaupun diraikan dalam suasana sederhana, namun penuh kemeriahan.

Para pengamal media turut diundang untuk menikmati ‘brunch’ istimewa pada Hari Krismas
Aneka pastri menambat selera

Penganut Kristian serta para tetamu dijamu dengan aneka masakan serta kuih-muih yang penuh dengan kemewahan citarasa di Palm Terrace Coffee House. Namun, masakan ayam Turkey tetap menjadi hidangan utama untuk melengkapkan sambutan perayaan ini.

Mewah dengan citarasa…
Antara aktiviti yang menghiburkan kanak-kanak

Di samping itu, turut diadakan beberapa aktiviti menarik,khususnya buat kanak-kanak. Hiburan seperti magic show, persembahan badut dan seni arca dari belon pasti menjadi manis buat anda seisi keluarga yang berkunjung ke sini  pada hari Krismas.

The Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang turut menyediakan beberapa pakej menarik untuk akhir Disember 2019 ini. Bolehlah anda rebut kesempatan tersebut untuk berlibur bersama keluarga di sini.

(Visited 6,548 times, 1 visits today)

Back to top