Petua panjangkan rambut dengan cara berkesan

 

Petua panjangkan rambut.
Rambut yang subur akan cepat panjang berbanding rambut yang bermasalah.

Sejak dahulu lagi, Mamanet memang suka berambut panjang. Rasa lebih ayu dan feminin bila berambut panjang ni. Mujur ada petua panjangkan rambut ini.

Tambahan pula, Mamanet pernah mengalami satu insiden di mana Mamanet cuba mengubah gaya rambut dengan berambut pendek. Dipendekkan cerita, selepas  Mamanet potong rambut  Mamanet yang cantik panjang mengurai tu, satu malam bantal Mamanet habis basah dengan air mata!

Taubat dah Mamanet nak potong rambut atau cuba-cuba nak bergaya dengan rambut pendek. Mamanet rasa, Mamanet lebih sesuai dan ‘cute’ dengan rambut panjang.

Disebabkan kes tersebutlah, maka Mamanet berusaha mencari pelbagai petua panjangkan rambut  dengan cepat. Hasil petua tersebut cukup mengagumkan.

Jadi, kat sini Mamanet nak kongsi dengan anda  beberapa petua yang telah berjaya membuatkan rambut Mamanet panjang dengan cepat tanpa perlu membeli produk-produk yang mahal ataupun ke salon.

Anda yang mahukan rambut anda tumbuh dengan cepat dan sihat, bolehlah cuba petua di bawah. Selamat Mencuba!

Petua Panjangkan Rambut Dengan Bahan Semula jadi

Berikut 5 Petua Panjangkan Rambut Dengan Bahan Semulajadi Yang Boleh Anda Cuba Sendiri Di Rumah:

1.Teh Hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan yang tinggi dan mampu membuatkan perjalanan darah menuju ke rambut menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Di samping itu, teh hijau juga berfungsi untuk membuatkan pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat dan sihat. Caranya mudah sahaja, ambil air rebusan teh hijau dan lumurkan pada kulit kepala dan seluruh rambut. Kemudian bungkus rambut dengan menggunakan tuala, setelah 20 minit bilas sehingga bersih.

  1. Kulit Epal
    Petua panjangkan rambut
    Usah bazirkan kulit epal kerana ia sangat berkesan menurut petua panjangkan rambut.

Jangan tak percaya tau, kulit epal mempunyai beberapa vitamin yang boleh meningkatkan perjalanan darah ke kulit kepala. Ketika perjalanan darah berjalan lancar, ia akan memberikan pengaruh yang baik bagi pertumbuhan untuk memanjangkan rambut.

Buah epal kaya dengan ‘polifenol’ ini juga boleh mengatasi masalah rambut rosak. Kulit epal boleh menjadikan rambut lebih sihat dan bernutrisi.

Petua panjangkan rambut dengan menggunakan kulit epal ini juga cukup mudah, anda hanya perlu menghancurkan kulit epal sehingga lumat. Kemudian sapukan pada rambut. Biarkan selama setengah jam, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

Lakukan petua panjangkan rambut ini pada setiap hari dan anda akan lihat perubahan  pada rambut anda.

  1. Santan Kelapa
    Petua panjangkan rambut
    Santan kelapa memang terbaik untuk rambut.

Petua panjangkan rambut dengan menggunakan santan merupakan salah satu cara yang cukup popular digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Merawat rambut dengan menggunakan santan kelapa akan membuatkan rambut anda menjadi leih lembut dan bersinar. Apatah lagi jika anda lakukannya secara teratur. Lakukan proses ini tiga atau empat kali dalam seminggu.

Anda hanya perlu lumur  400ml santan ke kulit kepala dan rambut sambil mengurutnya perlahan-lahan. Setelah itu, bungkus rambut dengan tuala suam dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu barulah dibilas sehingga bersih dengan air sejuk.

  1. Minyak Zaitun

Bagi petua panjangkan rambut yang keempat, Mamanet cadangkan agar anda menggunakan minyak zaitun yang memang mudah terdapat di pasaran. Minyak zaitun bukan setakat mampu menghaluskan rambut, tetapi juga boleh meningkatkan proses pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.

Selepas anda mencuci rambut, ambil berapa titis minyak zaitun. Kemudian urutlah perlahan-lahan kulit kepala. Biarkan semalaman supaya kandungan minyak zaitun meresap pada kulit kepala.

Keesokan pagi, jangan lupa cuci rambut anda sehingga bersih.

  1. Lidah Buaya

Lidah buaya atau aloe vera sememangnya elok untuk rambut. Selain boleh membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan hitam, ia juga boleh membuatkan rambut menjadi lebih panjang dengan cepat.

Petua panjangkan rambut dengan menggunakan lidah buaya ini paling mudah untuk anda praktikan.

Ambil 6 batang lidah buaya. Belah, ambil dan sapukan isinya ke seluruh rambut sehingga rata. Biarkan selama 20 minit, agar semua gelnya meresap ke dalam pori-pori kulit kepala, kemudian bilaslah dengan air bersih.

Setelah itu barulah anda cuci rambut anda dengan syampu. Lakukan secara rutin ketika anda ingin mencuci rambut.

 

(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Back to top