PRODUK MANDIAN DAN PENJAGAAN RAMBUT SUMMERIE MEMANG WANGI!

Summerie adalah rangkaian pembersih badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. 

Formula dengan wangian semulajadi dan bebas silikon memberikan percikan ‘musim panas’ yang menyegarkan dalam setiap mandian 

Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus? 

Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan ‘summer’ dan ‘reverie’. 

Ekstrak Botani

Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki!

Menurut Wahidah Rafi, Penolong Pengurus Summerie, produk ini adalah jenama yang mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semulajadi. 

“Inilah keistimewaan mengapa produk kami hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut. 

Dengan menggunakan wangian premium yang diilhamkan oleh aroma asli, setiap produk Summerie adalah bebas-silikon agar kulit dan rambut anda mendapat segalanya yang diperlukan dalam setiap botol.

Menerusi manfaat minyak biji bunga matahari, semua rakyat Malaysia kini dapat menikmati kesegaran musim panas setiap hari – yang juga mampu milik.” 

94% Berasaskan Bahan Dari Alam Semulajadi

Summerie adalah rangkaian produk Malaysia dan direka khas untuk pengguna tempatan. Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut.


Di samping itu ia juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium; serta Omega-6. 

Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi, dan semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan. 

Rangkaian Summerie terdiri daripada: 

–      Grapefruit Purifying Body Wash

–      Chamomile Purifying Body Wash

–      Passionfruit Refreshing Body Wash

–      Ginger Refreshing Body Wash

–      Shampoo for Normal Hair

–      Shampoo for Oily Hair

–      Shampoo for Dry Hair

–      Shampoo for Dandruff Care

–      Conditioner for All Hair Types

–      Instant Moisturising Hand Sanitiser

–      Power Action Spray Sanitiser

Rangkaian Produk Berkualiti

“Kami sangat teruja dengan pengetahuan yang Summerie telah melabur dari segi menyelidikan bahan-bahan organik dan asli semulajadi untuk memastikan produk yang dilancarkan ini sememangnya yang dikehendaki orang ramai. 

Sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia, kami sangat menghargai usaha mereka untuk menghasilkan rangkaian produk yang berkualiti ini.

Ini kerana Guardian Malaysia juga mempunyai falsafah yang sama. Reputasi kami sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka dibina sejak 53 tahun dahulu, adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami  dengan produk yang berkualiti, kepelbagaian rangkaian produk yang kami tawarkan serta harga yang berpatutan, “ jelas Soren Lauridsen, CEO Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty.

Dapatkan rangkaian penuh produk Summerie yang merangkumi gel mandian, syampu dan pembersih tangan hanya di stor Guardian di seluruh Malaysia, dengan harga runcit yang disyorkan dari RM4.90 hingga RM17.90 

Back to top