QSR TRADING PERKENAL PRODUK TERBAHARU–MI ARONA

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), sayap penjualan, pemasaran  dan perdagangan QSR Brands dan juga pendorong KFC dan Pizza Hut Malaysia baru-baru ini  telah melancarkan produk yang tahan disimpan iaitu mi kering berbentuk lidi, mudah disediakan  dan pilihan terbaik buat semua pencinta mi. 

Mi ARONA diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi, mengandungi seratus  peratus bahan semula jadi dan berasaskan sayuran – dengan tekstur lembut, kenyal dan kualiti  tekstur yang hampir sama dengan mi Jepun (Ramen), ia begitu mudah untuk disediakan dan  serasi dengan pelbagai cara masakan – sama ada bergoreng ataupun berkuah. 

Malaysian traditional homemade noodles – Mee Rebus or Mee Kuah; Shutterstock ID 1732904327; purchase_order: -; job: -; client: -; other: –

Mi ARONA menawarkan cara masak yang mudah kepada semua pencinta mi, kerana ianya  bukan sahaja cepat dimasak malah mudah bagi sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan mi  kegemaran mereka. Kepada golongan dengan gaya hidup produktif, pasti akan menyukai cara  mudah penyediaan mi ini yang cuma memakan masa sebanyak 4-5 minit. Dengan tempoh jangka  hayat 18 bulan, produk mi ini boleh dibeli dan juga disimpan untuk dinikmati bila-bila masa  mengikut keinginan anda.  

“Kami di QSR Trading memahami bahawa dengan keadaan pandemik yang berterusan, ramai yang  cuba untuk menyediakan dan menikmati makanan yang lebih sihat di waktu-waktu ini. Kami  berharap mi ARONA akan memudahkan lagi kerja anda di dapur serta memberi alternatif yang  lebih sihat untuk dimasak di rumah,” kata Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn  Bhd. 

“Mi ARONA merupakan produk yang berkualiti, dihasilkan daripada tepung gandum yang  diimport, dengan kandungan asli dan bahan-bahan terpilih dan menggunakan teknologi dan peralatan terkini untuk memastikan ianya seratus peratus selamat untuk dimakan dan memberi  kepuasan kepada pelanggan,” tambahnya. 

Penyediaannya juga cepat dan ringkas – Langkah pertama, rebus mi dalam air mendidih selama  kira-kira 4-5 minit, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Mi serba-serbi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada sup, kuah atau digoreng mengikut citarasa dan selera anda. Ianya juga sesuai untuk dijadikan hidangan sihat yang menyelerakan seperti Salad Mi kerana mi ARONA  mempunyai keenakan yang terserlah apabila digabungkan dengan sayur-sayuran pilihan anda. 

Mi ARONA tersedia dalam 3 citarasa berbeza – Original, Oat, dan Labu, dijual dengan harga  RM3.80 setiap paket (250g). Mi ARONA kini boleh didapati melalui pembelian atas talian di  platform Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasar pasar mini terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web QSRT di  www.qsrtrading.com.my

(Visited 3,986 times, 1 visits today)

Back to top