RAIH KEUNTUNGAN BERSAMA MAXIM MALAYSIA DENGAN PEMASANGAN PELEKAT KENDERAAN

Maxim Malaysia memperkenalkan pelekat kenderaan untuk pemandu Maxim yang berminat untuk memasang di kenderaan mereka. Pelekat kenderaan mempunyai beberapa warna dan saiz yang direka khas untuk kesesuaian kereta di Malaysia, ini kerana pihak Maxim Malaysia sangat teliti mengenai reka bentuk pelekat dan kereta.

Terdapat beberapa kelebihan akan diberikan kepada pemandu yang bersetuju untuk memasang pelekat kenderaan di kereta mereka:

  • Pemandu akan menerima bonus dari segi wang ringgit setiap bulan dari pihak Maxim Malaysia selagi pelekat kenderaan masih kekal di kereta mereka.
  • Diberikan keutamaan dalam menerima tempahan dari pelanggan dengan tiada sebarang had.
  • Komisen yang lebih rendah berbanding pemandu yang tidak memasang pelekat kenderaan.
  • Menikmati promosi khas dan kempen tahunan yang dianjurkan oleh Maxim Malaysia.

Lebih menarik lagi pemandu e-panggilan Maxim boleh memasang pelekat kenderaan secara percuma untuk pemasangan pertama dan pihak Maxim Malaysia akan membantu dari segi pemasangan pelekat kenderaan. Pemandu boleh hubungi pejabat yang berdekatan dengan anda untuk membuat temu janji bagi mendapatkan tarikh dan masa untuk pemasangan pelekat kenderaan.

Ianya juga memberi manfaat kepada pemandu dari segi pemasaran dan pengesahan kenderaan, sebagai contoh sekiranya penumpang membuat tempahan dan menerima kendereaan yang mempunyai pelekat kereta, mereka akan lebih yakin dan percaya. Kepercayaan merupakan aspek yang penting di dalam sebuah perniagaan kerana bermula dari kepercayaan akan bertukar kepada kesetiaan.

Maxim Malaysia mengajak semua pemandu untuk memasang pelekat kenderaan di kereta masing-masing. Beberapa langkah mudah yang membenarkan pemandu untuk mendaftar bersama Maxim Malaysia, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Taxsee Driver dan mendaftar atau terus mendaftar di talian sea.taxsee.pro/my/

(Visited 5,105 times, 1 visits today)

Back to top