RAWAT DERMATITIS ATOPIK DENGAN RANGKAIAN PRODUK RELIZEMA -DermaRel

Rangkaian produk Relizema -Dermarel yang terbukti secara klinikal yang dibuatkan bagi golongan dewasa dan kanak-kanak untuk memberikan perlindungan jangka panjang dan mencegah keradangan serta memberikan kelegaan segera apabila berlaku keradangan.

Hari ini, ramai dalam kalangan kita yang menyedari bahawa alahan dan keadaan seumpamanya kian meningkat di seluruh dunia. Antaranya, dermatitis atopik (AD) iaitu antara penyakit kronik yang sering disebut di peringkat global, dengan lebih 20% kanak-kanak dan 8% orang dewasa di kebanyakan negara adalah penghidap AD. 

Bukan sahaja jumlah global yang dianggarkan adalah sekitar 230 juta, angka ini terus bertambah, terutamanya di Asia, Afrika dan di Eropah Barat serta sebahagian Eropah Utara.

Menurut Christy Phang, Pengurus Produk Kumpulan bagi Portfolio Respiratori, Dermatologi & Kesakitan di A. Menarini Singapore Pte Ltd, biarpun kesedaran awam tentangnya semakin menjadi kebiasaan, patogenesisnya masih kurang difahami.

Tambahan pula, ia juga penting supaya rawatan terkini yang lebih baik dapat diberikan kepada mereka yang menghidapi penyakit ini, apatah lagi mengambil kira rawatan untuk penyakit AD yang boleh mencecah kos yang banyak, termasuk kos secara langsung seperti yuran perubatan yang perlu ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga dan juga perbelanjaan yang ditanggung oleh institusi kesihatan secara keseluruhannya. 

Terdapat juga kos ekonomi secara tidak langsung seperti kehilangan produktiviti dan ketidakhadiran dalam kalangan pesakit dan penjaga dan juga kualiti hidup pesakit yang merudum disebabkan oleh ketidakselesaan pada tubuh atau perasaan malu dengan keadaan berkenaan, termasuk impak negatif secara psikologi. 

Oleh yang demikian, Menarini berbesar hati memperkenalkan rangkaian Relizema -Dermarel kepada rakyat Malaysia yang menghidapi AD bagi membantu merawat keadaan ini dengan lebih efektif.”

Dr Leong Kin Fon

Dermatitis Atopik – Apa Dan Mengapa? 

Dermatitis Atopik (turut dikenali sebagai ekzema atopik) adalah penyakit keradangan kulit kronik yang dikategorikan berdasarkan kegatalan teruk dan tompokan berkuping pada kulit.

Rasa gatal menjadi sangat teruk sehingga ia mampu mengganggu waktu tidur, aktiviti harian, masa pembelajaran dan ketika bekerja. Ia biasanya terjadi berbeza mengikut usia, dan boleh dibahagikan kepada tiga fasa – fasa bayi atau anak kecil (4 bulan ke dua tahun); fasa kanak-kanak, (2-10 tahun); fasa remaja dan dewasa, (10 tahu ke dewasa. 

Dalam kalangan bayi, AD boleh bermula sebagai keruping di bahagian kepala, kemudian merebak ke muka dan anggota badan, sehingga pada lipatan kulit. Sementara di peringkat dewasa, AD boleh memberi kesan kepada wajah dan pada bahagian atas kawasan kemaluan. 

Patogenesis (mekanisme biologi yang menyebabkan penyakit) bagi AD adalah kompleks dan masih kurang difahami, walaupun ia secara umumnya dikaitkan kepada ketidakseimbangan lapisan perlindungan pada permukaan kulit, faktor imunologi dan pruritus (kegatalan). 

Stres Oksidatif

Terbaharu, stres oksidatif turut dikaitkan kepada patogenesis AD. Stres oksidatif berlaku apabila pembentukan spesies oksigen reaktif (molekul reaktif dan radikal bebas daripada molekul oksigen) di dalam sel melebihi kapasiti sel itu untuk menyingkirkannya.

Stres oksidatif menggalakkan inflamasi pada tisu dengan mengakibatkan peningkatan pengeluaran protein yang terlibat dalam inflamasi secara genetik. 

“Disebabkan dermatitis atopik adalah satu keadaan kronik yang masih tiada penawar, rawatan perlulah dirancang secara jangka panjang dan perhatian khusus haruslah diberikan kepada aspek keselamatan jangka panjang juga. Menerusi empat komponen utama, iaitu mengelakkan pencetusnya; penjagaan kulit secara harian; terapi anti-radang dan modaliti sokongan yang lain, rawatan untuk AD mensasarkan pengurangan jumlah keradangan selain merendahkan durasi dan kadar radangan bila ianya berlaku,” jelas Phang.

Dato’ Dr. Noor Zalmy Azizan

Merawat Dermatitis Atopik

Untuk menghalang keradangan, usaha untuk mengurangkan kulit yang kekeringan, secara utamanya adalah dengan penggunaan krim pelembap atau emolien setiap hari di samping mengelakkan punca kerengsaan seperti alergen dan fabrik yang mengakibatkan iritasi. 

Bila kekeringan dapat dikurangkan, rasa hendak menggaru dan risiko untuk jangkitan kulit juga akan berkurangan. Mengelakkan mandi dengan lama dan menggunakan air panas juga boleh mengekang kulit daripada menjadi kering, dan emolien perlulah disapu pada kulit sejurus selepas mandi bagi memastikan bahagian epidermis sentiasa lembap dan dapat menambahkan lapisan perlindungan kulit, manakala minyak mandian dapat membantu mengurangkan keradangan.

Penggunaan emolien bagi rawatan dermatitis atopik adalah sangat penting, kerana AD turut dikaitkan dengan anomali pada lapisan perlindungan kulit yang membolehkan penyerapan alergen ke dalam kulit dan seterusnya dapat meningkatkan iritasi dan menyebabkan keradangan berterusan. 

Sementara itu, rawatan perubatan untuk keradangan biasanya melibatkan penggunaan krim kortikosteroid, manakala AD yang teruk mungkin memerlukan ubat imunosupresan sistemik atau fototerapi dengan sinaran ultraviolet4. Sebarang sabun mandi digunakan perlulah daripada jenis yang tidak merengsa dan dilengkapi formula alergenik yang rendah selain pH dalam jisim kulit fisiologi sekitar 5-6.

Relizema -DermaRel

Dalam pencarian penyelesaian untuk mengawal AD, Menarini memperkenalkan rangkaian komprehensif yang dibangunkan dan diuji secara dermatologi pada dewasa dan kanak-kanak untuk merawat dermatitis atopik, dermatitis lampin dan eritema, yang dapat menenangkan, membaiki dan melindungi kulit yang kering dan sensitif. 

Terbaharu di Malaysia, rangkaian generasi terkini daripada jenama Relizema dan DermaRel dibangunkan di atas sistem rawatan integrasi Relizema.

Relizema Cream (40ml dan 100ml)

Produk utama dalam rangkaian ini, Relizema Cream adalah rawatan topikal generasi baharu yang disasarkan, diperkaya dengan bahan antioksidan (furfuryl palmitate).

Dengan formulasi khasnya yang menawarkan tindakan pelindung kulit, ia membantu memulih dan mengekalkan penghalang lapisan kulit anda, disamping dapat melindungi dan melembapkan kulit dengan kesan yang menenangkan.

Krim yang terbukti secara klinikal ini memberikan kelegaan segera untuk rasa gatal-gatal dan kemerahan yang berkaitan dengan dermatitis, termasuk dermatitis atopik dan kontak, serta eritema.

DermaRel Lipid Replenishing Cleanser (400ml)

DermaRel Lipid-Replenishing Cleanser adalah gel pembersih harian yang diformulasikan bagi merawat wajah dan tubuh yang sensitif dan kering, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. 

Mengandungi kombinasi kompaun yang inovatif bertindak secara sinergi yang dapat menambah semula lapisan filem hydrolipid kulit, pembersih ini membantu membaiki semula pelindung semula jadi kulit, menambahkan kandungan air dalam kulit dan menggalakkan penghidratan dengan lebih cepat.

Ianya kaya dengan gliserin, nikotinamida, ceramida dan asid amino – seperti arginine, proline dan glisin – membentuk Faktor Pelembapan Semula Jadi (NMF). 

DermaRel Ultra Hydrating Lotion (400ml)

Formula yang kaya dalam DermaRel Ultra Hydrating Lotion menjadikannya ideal sebagai penjagaan harian bagi kulit kering dan sensitif dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. 

Formulasinya yang inovatif menggabungkan kompaun tiga jenis ceramida berbeza bagi membantu membaiki semula pelindung kulit semula jadi; gabungan minyak sayuran yang meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit; dan kompleks ceramida larut lipo larut lemak yang melindungi kulit.

DermaRel Spray & Go (100ml)

DermaRel Spray & Go adalah semburan bukan-gas yang diformulasikan secara spesifik untuk melindungi kulit yang lembut dan sensitif pada kanak-kanak dan juga orang tua serta pesakit yang terlantar akibat ruam pada kawasan kemaluan dan punggung. 

Diformulasikan dengan zink oksida, zink glukonat, taurin dan panthenol, ianya semburan menenangkan dan mencegah sensasi kemerahan dan terbakar. 

Ia boleh disemburkan terus pada kawasan yang terjejas dan tidak perlu digosok, sekaligus meningkatkan kebersihan dan mengurangkan kerengsaan ketika dan selepas penggunaan produk.

Kalau nak tahu  lebih lanjut tentang rangkaian produk Relizema -Dermarel,  layari https://www.relizema-dermarel.info/

(Visited 3,136 times, 1 visits today)

Back to top