REBUT BAUCAR TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000 DI PLATFORM E-DAGANG OXWHITE SEMPENA ULANG TAHUN KE-2

Oxwhite

Anda suka membeli belah secara atas talian? Pernah bershopping di platform e-dagang (e-commerce) Oxwhite?

Jika belum pernah, selepas ini bolehlah cuba membeli belah di situ pula. Kalau anda nak tahu, sudah dua tahun Oxwhite beroperasi dan kini sedang melancarkan promosi ulang tahunnya.

CEPAT! REBUT PELUANG INI

Apa yang menarik,baucar tunai bernilai lebih RM60,000 telah disediakan untuk para pelanggan yang budiman.

Anda boleh menebus baucar bernilai antara RM5-RM20 untuk pembelian bernilai RM50 ke atas.

Anda juga akan mendapat potongan harga sehingga 50% untuk koleksi ulang tahun Oxwhite – yang menampilkan buku terlaris Oxwhite, produk organik dan barangan terpilih dalam kategori pakaian, rumah dan keperluan hidup.

Platform runcit dalam talian HappyFresh, turut memberikan baucar bernilai RM11,320 kepada pelanggan Oxwhite yang berbelanja  antara jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2020 lalu. 

BERSEDIA PADA 7 JULAI, 2020

Jika anda terlepas peluang tersebut, jangan lupa untuk turut serta pada 7 Julai, 2020 jam 11.59 malam.

Sekiranya anda merupakan pelanggan aplikasi Digi, Maxis dan RHB, anda jua  akan menikmati potongan tambahan apabila berbelanja di platform e-dagang Oxwhite mulai 1 Julai 2020.

Oxwhite

Bukan itu sahaja, Oxwhite juga akan melancarkan dua produk terbarunya iaitu:

Kemeja T Asas Oxwhite

Dibuat menggunakan fabrik 100% kain kapas yang lembut dan selesa. Kemeja T asas ini direka dengan teliti agar sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai. 

Setiap kemeja T asas dihantar dalam bungkusan kertas 100% biodegradasi, boleh diguna semula dan dikitar semula.

Oxwhite

Tuala Bambu

Lebih lembut dan gebu berbanding tuala kapas biasa. Tuala bambu ini menjadi lebih popular di spa dan premis mewah di seluruh dunia. 

Tuala berkualiti hotel ini dibuat secara eksklusif daripada viskose buluh dengan penuh tanggungjawab sosial. Tuala ini mudah menyerap, cepat kering, antibakteria serta anti bau.

Sejak di tabuhkan dua tahun lalu, kini Oxwhite telah berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan dan berusaha untuk terus meningkatkan asas pelanggan dengan sasaran 200% tahun ini. 

oxwhite

Oxwhite Menekan Kualiti Premium 

Oxwhite adalah jenama gaya hidup e-dagang yang beroperasi dengan model perniagaan terus kepada pelanggan, memberikan akses alternatif jenama mewah yang menekankan kualiti premium pada harga yang berpatutan.

Oxwhite dilancarkan di Malaysia pada 2018 dengan hanya satu produk iaitu kemeja T asas putih. 

Bermula dari situ, jenama ini telah berkembang dan menawarkan pelbagai jenis produk khusus untuk keperluan harian penduduk Asia yang moden; dari pakaian kerja hingga kasual, dan untuk anda yang suka mengembara sehinggalah ke keperluan rumah dan kehidupan.

Seronok tau, bershopping di platform Oxwhite dan Nak tahu lebih lanjut sila layari www.oxwhite.com

(Visited 4,221 times, 1 visits today)

Back to top