CUBALAH SAJIAN TERBARU ENAK TELUR MASIN Marrybrown

Telur Masin Dairpada Marrybrown

Wow! Ada tak yang dah cuba rasa telur masin ‘Egg-stra’ padu, menu terbaru daripada Marrybrown? Padu rasanya, kan?

Bagi anda yang masih belum berkesempatan menikmatinya, kena cuba. Gabungannya bertepatan. Telur Masin iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu. Jangan ragu ok.  Anda kena try, sekali rasa pasti nak lagi!

Ternyata, Marrybrown telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan. Di mana ia dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia yang kini semakin menyukai hidangan yang menggunakan Telur Masin sebenar.

Sentuhan Eegg-stra

Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, hidangan Telur Masin kini menjadi satu trend di Malaysia. “Ia telah mendapat sambutan yang luar biasa. Jadi kami yakin  bahawa sos ini akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra. Penggunaan telur masin sebenar mampu menambahkan rasa lemak berkrim serta mengekalkan perisa umami pada sos ini tersebut.”

“Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown. Biar mereka merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Pasti menggugat selera rakyat tempatan!” tambah Dato’ Joshua.

Ada Dua Pilihan

Untuk promosi Telur Masin, anda ada  dua pilihan yang enak. Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari atau Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. 

Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown. Ggabungan rempah ratus yang istimewa ini bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.

Boleh didapati pada harga dari RM15.00. Kedua-dua hidangan kombo ini dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.

Wajib Cuba!

Jangan lupa tau rasa sajian enak bersama telur masin daripada Marrybrown nie. Kalau sedap, war-warkan pada kaum keluarga dan juga sahabat handai. Biar mereka pun turut sama menikmati keenakan tersebut.

(Visited 24,335 times, 1 visits today)

Back to top