SANDWIC MUNCHY’S LEXUS BAHARU DENGAN TABURAN GARAM HIMALAYA

Kini anda dan keluarga boleh menikmati kombinasi rasa yang lazat dengan Sandwic Munchy’s LEXUS baharu.Manis dan berkrim di dalam,  rangup serta masin di luar!

Trend makanan terbaharu melihatkan populariti dalam ciptaan makanan yang menggabungkan rasa yang berlainan seterusnya mencipta profil rasa yang baharu dan unik.

Munchy’s LEXUS menyahut cabaran mencipta produk yang menggabungkan rasa manis dan masin: mencipta rasa yang enak dan sempurna.

Taburan Garam Himalaya

Kelazatan bermula dengan biskut coklat yang enak dengan taburan garam Himalaya. Setiap gigitan rangup biskut menjanjikan rasa krim perisa coklat dan vanila enak manis.

Resipi yang direka teliti ini mempunyai rasa biskut yang boleh memuaskan pelbagai cita rasa. 

Gabungan rasa masin dan manis yang serasi sempurna menjadikan setiap gigitan Sandwic Munchy’s LEXUS baharu sensasi yang menarik dan unik. 

Sandwic Munchy’s LEXUS baharu  ini memberikan lebih banyak peluang untuk seisi keluarga mencipta detik penuh keceriaan. Samada dinikmati di rumah, piknik keluarga atau bekalan untuk aktiviti harian yang sibuk. Setiap pek biskut menjanjikan snek istimewa untuk semua.

Munchy’s LEXUS menghasilkan biskut pilihan negara semenjak 1998. Produk baharu, Sandwic Berkrim Vanila Munchy’s LEXUS dan Sandwic Berkrim Coklat Munchy’s LEXUS boleh didapati dalam pek 190gm (mengandungi 10 bungkusan yang mudah). 

Ia dijual di hypermarket, pasaraya terkemuka dan kedai runcit seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM5.15 (Semenanjung Malaysia) dan RM5.45 (Sabah & Sarawak).  

(Visited 1,545 times, 1 visits today)

Back to top